Isham Jalil Jawab Zahid,’Mari berdebat kalau berani!’

Baru tadi Presiden UMNO arahkan saya untuk datang mesyuarat malam ini. Dia buat kenyataan akhbar secara terbuka.

Saya sudah kata sebelum ini yang saya kekal dengan pendirian saya untuk protes dan selagi dia membuat keputusan untuk pergi pilihanraya dengan DAP saya akan protes dan tidak akan hadir mesyuarat yang dia pengerusikan dan dia veto keputusannya.

Ini penggal kedua saya dalam Majlis Tertinggi, saya sudah boleh baca apa yang dia akan buat dalam mesyuarat. Buat apa saya ikut kemahuan dia dan datang tadah muka di lubuknya.



Kalau dia ikhlas, mungkin Presiden boleh tunaikan cabarannya untuk berdebat dengan saya sebelum ini, di gelanggang yang neutral. Kalau dia berani.

Saya harap Dato’ Sri Presiden sedar dan menerima hakikat dan tidak berada dalam sindrom penafian bahawa lebih ramai orang-orang Melayu kini menolak UMNO oleh kerana keputusan Presiden untuk pergi pilihanraya bersama DAP selepas PRU-15.

Jika keadaan ini berterusan, UMNO akan hancur dalam beberapa tahun lagi oleh kerana keputusan ini. UMNO ini adalah parti keramat yang memperjuangkan orang-orang Melayu di Malaysia selama ini.

Usahlah kerana kepentingan diri seluruh parti hancur lebur dibuatnya. Jika Dato’ Sri letak jawatan, saya pun akan letak jawatan.



Kita sama-sama berkorban asalkan parti keramat ini dapat diselamatkan selagi ada masa.

Ikhlas,
ISHAM JALIL
6 Disember 2023

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker