Wanita yang mudah masuk syurga
Wanita yang mudah masuk syurga
“Subhanallah” Maha Suci Allah, mudahnya untuk mendapat pahala. Dengan hanya memasang niat untuk membuat perkara baik pun, sudah diberi pahala. Apatah lagi jika niat yang baik itu direalisasikan. Berganda-ganda lagilah pahala.
Istimewanya kaum hawa, sebarang perbuatan suami yang mendatangkan pahala, maka dia turut menerima ganjaran tersebut. Itulah Islam, agama yang tidak membebankan bahkan memberi pelbagai jalan untuk memudahkan seseorang masuk ke syurga-Nya. Berikut merupakan ciri-ciri wanita yang mudah ke syurga antaranya:
Pertama: Wanita yang memberi susu badan kepada anaknya serta tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan Allah seluruh dosanya. Apabila dia hiburkan hati anaknya Allah memberinya ganjaran memerdekakan 70 orang hamba di jalan Allah.
Diriwayatkan dari Umar Ibnu Khattab dari Rasulullah s.a.w,
“Apabila ia (wanita) melahirkan anak, maka tidak keluar seteguk susu dan tidak disentuh payudaranya dengan sentuhan melainkan untuknya pada setiap teguk dan satu sentuhan itu satu kebajikan. Jika ia berjaga malam maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba pada jalan Allah s.w.t.” (HR at-Tabrani)
Kedua: Mendirikan solat 5 waktu
Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Perumpamaan solat 5 waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam, yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.” (HR Muslim)
Ketiga: Berpuasa di bulan Ramadan
Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w.,
“Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan 10 yang seumpamanya hingga 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. , “Kecuali puasa yang dikerjakan untuk-Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku.” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (HR Muslim)
Keempat: Menjaga maruahnya
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (HR Muslim)
Kelima: Mentaati perintah suami
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintah mu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta mu ketika engkau tiada di rumah.” (HR Thabrani)
Wanita yang mudah masuk syurga
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)
You must be logged in to post a comment.