‘Umpama mimpi’, Pengawal keselamatan terkejut dan terharu mendapat pengiktirafan dari Istana Negara
IPOH – Pengawal keselamatan wanita Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang tular menyantuni pesakit dan pelawat sama sekali tidak menduga apabila tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 19 Disember ini.
R Yogeswary, 44, berkata, penghargaan diterima itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi sepanjang lebih empat tahun perkhidmatannya.
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu juga mengakui seakan-akan satu mimpi ketika mula menerima pengesahan perkhabaran itu menerusi satu surat rasmi, dua hari lalu.
“Rasa syukur, gembira dan terharu bercampur baur membuatkan saya menitiskan air mata. Saya tak sangka, khidmat kecil saya dihargai seluruh negara.
“Sudah tentu penganugerahan ini melonjakkan semangat saya untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat di sini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Anak kelahiran Ipoh itu bertekad, selagi diberikan kesihatan yang baik akan terus bekerja dan memberikan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
Katanya, melihat pengunjung gembira dan selesa kerana bantuannya, sudah cukup membuat hatinya tenang.
“Masalah hospital ini apabila susah nak dapatkan parkir, jadi apa saya buat hanya bantu urusan mereka, bawakan barang dan dapatkan tempat letak kenderaan yang mudah dan dekat. Itu sahaja,” katanya.
Yogeswary berkata, kakaknya akan menemaninya pada sesi istiadat penganugerahan di Balairung Seri Istana Negara, Kuala Lumpur nanti.
“Saya masih gementar, belum ada persiapan lagi tetapi saya teringin nak pakai baju kebaya. Mungkin dalam dua atau tiga hari lagi saya cari baju kebaya yang bersesuaian,” katanya.
Beliau turut berkongsi kegembiraan itu dalam Facebook dengan menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai serta pengurusan HRPB yang banyak memberi sokongan kepadanya.
Wanita itu menyifatkan hantaran dan komen positif daripada orang ramai terutama pesakit dan ibu mengandung yang pernah dibantunya, menjadi titik tolak kepada penganugerahan itu.
Yogeswary sebelum ini tular apabila gelagatnya membantu pengunjung Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB dikongsi di media sosial hingga meraih perhatian Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Wanita itu membantu membukakan pintu kereta, mengangkat barang, menjaga lalu lintas di parkir, menenangkan pesakit yang cemas, serta mengucapkan tahniah kepada ibu yang baharu melahirkan anak.
Atas komitmen tinggi ditunjukkan, beliau kini ditugaskan mengawal keselamatan di Kompleks Rawatan Harian HRPB bagi membantu warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sejak enam bulan lalu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)
You must be logged in to post a comment.