Mayat disimen, suspek pembunuh ditahan polis

Mayat disimen, suspek pembunuh ditahan polis

Seorang lelaki warga asing ditahan polis susulan penemuan mayat wanita yang ditanam dan disimen di sebuah rumah di Pandamaran, Klang semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata permohonan reman terhadap lelaki berusia 53 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang hari ini.



Katanya, polis juga sudah mengenal pasti dua suspek lelaki yang yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Polis kini sedang dalam tindakan mengesan kedua-dua suspek terbabit yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh,” katanya dalam kenyataan malam tadi, menurut Berita Harian.

Terdahulu Hussein berkata, berdasarkan hasil siasatan, pemilik rumah itu yang merupakan lelaki tempatan memaklumkan kolah itu disimen sejak 2021 ketika dua warga India menetap di situ.

Katanya, dua warga India itu berpindah dari rumah berkenaan, rumah terbabit kemudian disewa oleh dua individu berbeza.



“Baru-baru ini pemilik rumah berkenaan mendapat tahu daripada penghuni kawasan (perumahan) berkenaan yang memaklumkan terdapat mayat ditanam di dalam kolah.

“Pemilik rumah yang tidak sedap hati berkaitan perkara itu, kemudian meminta penyewa (terkini) rumah berpindah lalu membuat laporan polis,” katanya.

Pasukan bomba yang dihubungi kemudiannya melakukan kerja pemecahan simen sebelum menemukan satu mayat wanita dewasa.

Mayat terbabit berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat. FMT



Mayat disimen, suspek pembunuh ditahan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker