Kes rogol pembantu rumah, mahkamah benarkan permohonan bekas Adun DAP

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Adun Tronoh, Paul Yong Choo Kiong memasukkan tiga alasan tambahan dalam petisyen rayuannya bagi mengetepikan sabitan atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hadhariah Syed Ismail, Azman Abdullah, dan Azmi Ariffin membenarkan permohonan Yong.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Yong ketika dihubungi Bernama berkata, mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya kerana tiada bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim @ Husaini.



Yong turut diwakili Rajpal Singh dan Salim Bashir.

Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Jan depan untuk mendengar rayuan Yong.

Antara alasan ingin dimasukkan dalam petisyen rayuan Yong ialah beliau dinafikan perbicaraan adil kerana Seksyen 265A Kanun Tatacara Jenayah yang digunakan hakim Mahkamah Tinggi bercanggah dengan Perlembagaan dan prosiding di Mahkamah Tinggi melanggar keadilan asasi yang menyebabkan berlakunya kesilapan.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong, 53, bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di dalam bilik rumahnya di Ipoh, Perak antara 8.15 malam dan 9.15 malam 7 Julai 2019.



Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman terhadap Yong ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan selesai, dan dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Wahab Mohamed dalam keputusannya berkata, mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pembelaan Yong terhadap insiden rogol itu tidak berlaku, tidak boleh dipercayai, dan hanya penafian yang difikirkan kemudian.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)



Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker