Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]

Seorang tentera rejim Zionis Israel tergamak mencuri harta milik rakyat Palestin termasuk karpet yang dipercayai diambil dari rumah penduduk di Gaza.

Video tersebut tular di media sosial termasuk dimuat naik seorang wartawan Palestin, Ali Nasr Obaidaat menerusi Instagramnya, hari ini.

Dalam video itu kelihatan tentera rejim Zionis Israel dikenali sebagai Eitan berjalan sambil ketawa bersama rakannya, manakala tangannya turut memegang sebuah karpet.

“Karpet mewah,” kata Eitan kepada seorang lelaki ketika ditanya mengenai barangan yang dibawa pulang dari Gaza.

Tindakan tersebut mengundang kemarahan orang ramai selain menyifatkan sikap rejim Zionis Israel yang sememangnya suka mencuri dan mengambil hak orang lain.

“Pencuri sejak dari hari pertama,” kata Tieko K.

“Mencuri memang hobi mereka sejak 75 tahun lalu, malah lebih lagi,” komen Nastaginas.

“Pencuri memang selamanya pencuri. Biarkan mereka ‘terbenam’ dalam Neraka Jahanam,” kata Rynboweats. –

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker