Mahathir bidas kerajaan Isu Aman Palestin

Mahathir mendakwa kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim turut terpalit dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Aman Palestin untuk siasatan.

Dakwa bekas perdana menteri itu, perbuatan berkenaan disifatkan pelik kerana seolah-olah menghalang bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza yang terjejas susulan serangan Israel.

“Ini bermakna yang halang bantuan ialah kerajaan kita sendiri, mereka tak benarkan wang dikutip sampai kepada orang Palestin,” katanya pada ceramah perdana Perikatan Nasional (PN) PRK Kemaman malam ini.

SPRM sebelum ini membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin dan beberapa entiti lain berjumlah RM15.8 juta susulan siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan dana sumbangan berjumlah RM70 juta

Kes itu disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, Aman Palestin memberi tempoh tiga hari kepada SPRM menyahbeku akaunnya atau berdepan tindakan perundangan.

Semalam, Mahathir menggesa SPRM membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaunnya yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza menjelang musim sejuk.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan dana itu sehingga semua siasatan selesai, melibatkan penggunaan derma awam berjumlah jutaan ringgit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker