Zahid kembali bertugas, sertai mesyuarat kabinet

Zahid kembali bertugas, sertai mesyuarat kabinet

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilihat hadir dalam bilik mesyuarat dalam keadaan ceria ketika membuat pendaftaran Identiti Digital Nasional atau Digital ID pada sembilan pagi tadi.

Ahmad Zahid merupakan antara jemaah menteri yang menyertai perdana menteri mendaftar Digital ID, platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian, tanpa menggantikan sistem MyKad.

“Ya, Datuk Seri kembali bertugas,” kata seorang pegawai Ahmad Zahid.

Pada 19 Nov lepas, anak sulung Timbalan Perdana Menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi hantaran di Instagram mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 November.

Pada 23 Nov, Ahmad Zahid dalam hantaran di laman sosial miliknya berkata dia dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor sebelum kembali bertugas. Mk

Zahid kembali bertugas, sertai mesyuarat kabinet

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker