Mangsa kelima dibaham harimau

Mangsa kelima dibaham harimau

Tidak sampai sebulan kes kematian ngeri dua individu diserang harimau belang, tragedi sama dipercayai berulang apabila seorang lagi lelaki diserang hendap haiwan buas ketika menoreh getah.

Kejadian disedari jam 1 tengah hari tadi, apabila mangsa yang juga pekerja ladang getah dilaporkan hilang selepas keluar menoreh berhampiran Kampung Kuala Tol, Gua Musang, Kelantan.



Sumber penduduk kampung berkata, mangsa yang juga bekerja sebagai penoreh getah di ladang berhampiran dilaporkan tidak kembali ke rumah sebelum usaha mencarinya dilakukan.

“Orang ramai kemudian menemui motosikal, lampu dan telefon bimbit milik mangsa. Seluar mangsa yang mempunyai kesan darah ditemui di lokasi kejadian sekitar jam 1 tengah hari tadi.

“Pemeriksaan awal di lokasi kejadian turut menemui kesan tapak kaki harimau. Terdapat juga kesan seretan dipercayai tubuh mangsa ditarik haiwan yang menyerangnya ke kawasan belukar berhampiran.

“Kami takut untuk masuk ke dalam kawasan belukar itu kerana bimbang sekiranya harimau belang masih ada, Jadi buat masa ini kami hanya tunggu anggota polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) datang,” katanya.



Sementara itu Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian serangan hidupan liar di kebun getah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan anggota Balai Polis Gua Musang berhubung kejadian membabitkan penoreh getah warga Indonesia itu sebelum usaha mencari dimulakan sekitar jam 3 petang kelmarin.

“Lokasi kejadian terletak jauh di pedalaman dan hanya boleh dimasuki menggunakan pacuan empat roda.

“Mayat mangsa berjaya ditemui dan kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya.



Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada haiwan yang menyerang mangsa adalah harimau belang sehingga siasatan lanjut di lokasi kejadian dilakukan.

“Pemeriksaan di lokasi mayat mangsa ditemui akan dilakukan bagi mengenal pasti spesis haiwan yang terbabit.

“Saya tidak dapat mengesahkan kes ini ( serangan harimau) sehingga bukti (mangsa) ditemui. Saya masih menanti laporan terkini, ” katanya.

Sebelum ini, dua lelaki maut dibaham harimau dalam tempoh dua hari membabitkan seorang lelaki warga Indonesia dan lelaki Myanmar.



Mangsa lelaki warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan maut jam 10 pagi, 10 November lalu di Kampung Meranto di Gua Musang.

Manakala seorang lelaki warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut keesokannya akibat diserang harimau jam 1.30 tengahari ketika menoreh getah di Ladang Meranto.

Sehingga kini, empat dilaporkan maut termasuk membabitkan dua penduduk Orang Asli akibat serangan harimau sepanjang tahun ini di Gua Musang pada 5 dan 6 Oktober lalu. HM

Mangsa kelima dibaham harimau



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker