Berani Khalid kata Agong rasis, kata Najib

 

Najib Razak mempersoalkan bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad kerana didakwa menuduh Yang di-Pertuan Agong bersikap perkauman dalam pelantikan perdana menteri baru.

Menerusi Facebook, Najib berkongsi berita mengenai kenyataan bekas menteri pembangunan usahawan, Redzuan Yusof yang menegur Khalid dan memintanya memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



“Bekas menteri PH tegur bekas menteri PH.

“Berani Lid tuduh YDP Agong bertindak rasis,” kata Najib.

Najib turut berkongsi video ucapan pengarah komunikasi Amanah itu dalam satu majlis ceramah PH, yang pada awalnya dimuat naik di media parti berkenaan sebelum tular di media sosial.

Khalid dalam video itu didakwa menyentuh keputusan Agong melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sehingga mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.



Khalid berkata PH mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan, susulan peletakan jawatan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, tetapi Yang di-Pertuan Agong dikatakan tidak yakin.

Khalid juga mendakwa PH, yang menamakan Anwar Ibrahim untuk memimpin kerajaan baru, mempunyai bilangan mencukupi.

“Tapi Agong tak yakin. Kerana apa? Kerana 100 lebih itu, hanya dalam 40 sahaja orang Melayu dan yang bukan Melayu 60 lebih,” katanya pada satu ceramah Khamis lepas.

Redzuan yang kini bersama gabungan baru Perikatan Nasional, bagaimanapun mendesak Khalid meminta maaf atas kenyataan itu, yang didakwa mempersoalkan kredibiliti Agong.



“Siapa Khalid untuk mempersoalkan perlembagaan?”

“Dia tidak boleh melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong. Khalid Samad harus minta maaf,” katanya seperti dilapor FMT.

PrkSemenyih : Penyatuan UMNO-Pas bukan rasis



Kalau Melayu Islam Rasis, Jangan Harap Ada Bangsa Lain di Negara Ini – Musa Hasan

Siapa Rasis Di Malaysia?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker