Muslihat sindiket kerja ‘part-time’

Muslihat sindiket kerja ‘part-time’

SHAH ALAM – Impian mencari pendapatan sampingan ketika musim pandemik Covid-19 bukan sahaja musnah malah ditipu hidup-hidup sindiket sehingga mengakibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Rata-rata mangsa berusia lingkungan 20 hingga 50-an adalah mereka yang terdesak dengan terpengaruh tawaran kerja sebagai ejen pembelian seakan-akan platform e-dagang terkemuka.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, pihaknya merekodkan 110 mangsa dengan nilai kerugian RM2.08 juta sepanjang tempoh 1 Januari hingga 13 September lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati modus operandi sindiket adalah menyamar ejen mencari pekerja sambilan dengan tawaran dibuat melalui platform palsu itu selain menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Mangsa yang terperdaya diminta membuat pembelian berdasarkan pautan barangan di platform e-dagang itu bagi menaikkan rating barang.



“Kebanyakkan barang yang ada juga diarahkan beli adalah lebih kepada produk kecantikan, telefon bimbit, kasut, televisyen dan barang eletrik lain serendah RM14 hingga RM20,000,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Muhammad Yazid memberitahu, kesemua wang bagi pembelian perlu dimasukkan ke dalam akaun yang diarahkan suspek dengan mangsa dijanjikan menerima wang modal beserta komisen antara lapan hingga 15 peratus dari harga-harga pembelian barangan tersebut.

Tambah beliau, kebiasaanya sindiket meminta mangsa menyelesaikan lima tugasan dengan hanya satu atau dua tugasan sahaja mangsa akan menerima modal dan komisen itu.

“Rata-rata mangsa hanya sedar ditipu apabila sindiket gagal dihubungi dengan jumlah kerugian paling tinggi pernah dicatatkan bagi seorang mangsa berjumlah RM132,517.



“Hasil rekod juga menunjukkan kerugian paling tinggi adalah bagi platform palsu diwujudkan sindiket menyerupai jenis Shoppe dengan RM1.08juta diikuti Lazada (RM776,188) selain Zalora (RM193,807) dan Amazon (RM23,323). K Online

Muslihat sindiket kerja ‘part-time’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker