Siasatan SPRM komplot terancang, pembunuhan karakter Aman Palestin

Aman Palestin menyifatkan tindakan SPRM dalam menyiasat pertubuhan itu, termasuk membekukan akaun, sebagai komplot terancang dan propaganda jahat.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali mengecam kenyataan SPRM berhubung kes itu yang menurutnya menimbulkan pelbagai tohmahan dan fitnah serta menyuburkan persepsi negatif terhadap Aman Palestin.

Katanya, ini meskipun, tiga kakitangan, CEO dan lima ahli lembaga pengarah Aman Palestin yang dipanggil ke pejabat SPRM di Putrajaya hadir memberikan kerjasama terhadap siasatan.

“Kenyataan media pihak SPRM bertarikh 23 Nov 2023 pada perenggan ketiga jelas berniat jahat dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif terhadap Aman Palestin.

“Ianya seolah-olah telah menghukum Aman Palestin bersalah menyeleweng dana RM70 juta (yang dinafikan). Kenyataan-kenyataan SPRM berkait dengan kes ini ternyata tidak cermat, tidak teliti, tidak boleh dipercayai, dan tidak berintegriti.

“SPRM adalah sebuah agensi penyiasatan. Sebagai penyiasat, SPRM mestilah bertindak adil dalam siasatan. SPRM tiada kuasa menghukum. Itu tugas dan bidang kuasa sistem kehakiman di mahkamah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi, Selangor malam ini.

“Tindakan SPRM semenjak kenyataan media bertarikh 23 Nov 2023 sehingga sekarang dengan pembocoran maklumat-maklumat siasatan (yang dinafikan dakwaan-dakwaan itu) merupakan satu komplot terancang dan propaganda jahat untuk membunuh karakter Aman Palestin dan ahli lembaga pengarahnya,” tambahnya.

Turut hadir dalam sidang media adalah CEO Aman Palestin Awang Suffian Awang Piut dan pengerusi eksekutif Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker