Matrikulasi dan STPM peluang kemasukkan ke Universiti adalah sama

Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan tiada apa-apa keutamaan untuk penempatan di universiti awam antara pelajar matrikulasi dan pemegang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Khaled dalam ucapan penggulungan perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 juga berkata penambahbaikan berterusan sedang dilakukan terhadap sistem permohonan penempatan di semua universiti awam (IPTA), politeknik dan institut latihan kemahiran awam (ILKA).

“Kementerian sentiasa berusaha untuk memudah dan memaksimumkan jumlah kemasukan ke IPTA dan ILKA berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira pencapaian akademik 90 peratus dan pencapaian kokurikulum 10 peratus, tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan juga negeri.

“Untuk makluman, sebenarnya calon-calon STPM dan matrikulasi diletakkan di dalam satu ruang untuk bersaing antara satu sama lain. Ada masa calon matrikulasi mendapat tempat yang lebih, ada masa calon STPM lebih. Tidak ada kuota permohonan yang datang dari STPM atau matrikulasi,” katanya menjawab soalan Chow Yu Hui (Pakatan Harapan-Raub).

“Tiada kuota ditetapkan untuk pelajar matrikulasi atau pemegang STPM,” tambah Khaled.

Terdahulu dalam perbahasannya dan semasa sidang akhbar berasingan di Parlimen, Chow menyorot proses permohonan pengajian tinggi yang menurutnya kurang meritokrasi, memihak kepada pelajar matrikulasi berbanding pemegang STPM.

“Pada prinsipnya, walaupun kuota kaum di universiti awam telah dimansuhkan 20 tahun lalu, sistem matrikulasi yang bergantung kepada kuota kaum masih memberikan ‘kelebihan tidak adil’ dan membawa kepada ‘keganasan struktur’,” kata Chow kepada pemberita awal hari ini.

Khaled hari ini juga mengambil maklum cadangan Chow untuk sistem permohonan yang disepadukan, tetapi menambah bahawa sebarang keputusan mengenai status program matrikulasi bagi pelajar Tingkatan 5 yang meninggalkan sekolah adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker