Pesara awam 13 cucu raih PhD di UPM

Lebih manis Md Damiri berkongsi detik bersejarah bergraduasi bersama anaknya, Mohamad Hazrol (kiri) yang turut menggenggam PhD daripada universiti sama pada Isnin. – Foto: FB UPM

KUALA LUMPUR – Semangat untuk terus meneroka ilmu mendorong seorang pesara yang mempunyai 13 cucu merealisasikan impian dipendam selama 46 tahun untuk menggenggam gelaran Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Datuk Dr Md Damiri Md Sairi, 70, yang merupakan pesara Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak pada Isnin memperolah PhD selepas berjaya menamatkan pengajian beliau dalam bidang Pengajian Tanah dan Hutan.

Beliau berkata, minat yang mendalam untuk terus meneroka ilmu dalam bidang berkaitan kerjayanya sebelum ini meskipun telah bersara pada 2011, menjadi pendorong untuk melanjutkan pelajaran biarpun pada usia emas.

Berkongsi rahsia kejayaan, katanya ilmu mesti dianggap seperti lautan yang tidak pernah habis untuk diterokai.

“Belajar tidak akan pernah habis seperti lautan yang sangat besar kerana semakin banyak kita belajar rupanya banyak perkara yang kita tidak tahu.

“Jika di luar negara, ramai warga emas yang masih melanjutkan pelajaran tetapi di Malaysia kita rasa macam pelik apabila sudah pencen masih sambung belajar. Pembelajaran sebenarnya sepanjang hayat,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsi UPM pada Isnin.

Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, disiplin yang tinggi menjadi asas kejayaan beliau menamatkan pengajian, walaupun pernah hampir berputus asa akibat cabaran dan kesukaran yang dihadapi terutama semasa pandemik Covid-19.

“Ketika itu saya juga adalah pengerusi masjid di Rapat Setia Baru, Ipoh yang bertanggungjawab memastikan peraturan semasa pandemik dipatuhi selain (komitmen terhadap) anak-anak yang semua berada di Kuala Lumpur.

“Saya percaya disiplin yang tinggi telah membantu saya untuk teruskan pengajian selain sokongan isteri dan anak-anak tercinta. Hari ini saya berjaya dan sangat bersyukur atas rezeki dan peluang ini,” katanya.

Lebih manis apabila beliau turut berkongsi detik bersejarah bergraduasi bersama anaknya, Dr Mohamad Hazrol, 30, yang turut menggenggam PhD daripada universiti sama pada sesi hari ini.

“Saya sangat bangga hari ini dapat bergraduasi bersama anak saya yang turut memperoleh PhD dan tidak sangka berlangsung pada sesi yang sama. Tahun depan jika tiada aral anak sulung saya pula akan meraih PhD,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Hazrol berkata, perjuangan bapanya meraih PhD menjadi inspirasi kepada beliau untuk turut berjaya.

“Jika ayah saya yang berusia 70 tahun boleh lakukan, maka saya juga boleh. Saya memang tunggu ayah viva dan dalam masa yang sama saya juga meletakkan sasaran untuk viva pada tahun ini juga,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker