5 cedera dirempuh Myvi dipandu warga emas [VIDEO]

Keadaan kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang hilang kawalan di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, petang tadi.

Lima cedera selepas sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita warga emas hilang kawalan di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang berdekatan pintu keluar Universiti Sains Malaysia (USM) itu, melibatkan empat buah kereta serta tiga motosikal.

Mereka yang cedera terdiri empat penunggang dan pembonceng motosikal serta seorang pemandu kereta Perodua Myvi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, kejadian berlaku dari arah Jalan Bukit Gambir ke Jalan Tun Dr Awang dan dikatakan berpunca daripada kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 60 tahun.



“Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu melanggar kenderaan di hadapannya dan ketika itu, kesemua kenderaan tersebut sedang menunggu lampu isyarat merah. Akibat daripada kejadian ini, pemandu kereta tersebut cedera di dada manakala empat yang lain iaitu penunggang dan pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu wanita Perodua Myvi terlebih dahulu bergesel dengan sebuah motosikal sebelum panik dan menekan minyak hingga hilang kawalan dan melanggar kenderaan di situ.

“Tiga daripada empat lelaki yang cedera dalam kemalangan itu adalah pelajar USM manakala seorang lagi adalah petugas di situ,” katanya.kes disiasat mengikut Seksyen 43 AktaPengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker