UMNO Sabah tetap hilang sokongan berterusan menjelang PRN17

G57 menjangkakan ‘trend’ kehilangan sokongan akar umbi terhadap UMNO Sabah akan terus meningkat menjelang PRN17 Sabah akan datang. Gambar kecil: Zulkarnain – Foto Bernama

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Malaysia (G57) menjangkakan ‘trend’ kehilangan sokongan akar umbi terhadap UMNO Sabah akan terus meningkat menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar mendakwa ia susulan perpecahan dalam kalangan UMNO Sabah berlaku sejak dulu lagi tetapi dinafikan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Sebagai aktivis politik yang pernah menjadi barisan hadapan membantu UMNO Sabah sejak 1999, ahli-ahli termasuk pemimpin UMNO Sabah sememangnya telah berpecah kepada dua kumpulan.

“Walaupun cuba dinafikan Bung Moktar selaku Ketua UMNO di Sabah, namun hakikat sebenar parti ini telah kehilangan sokongan ahli akar umbi dan data menunjukkan trend ini akan terus meningkat menjelang Pilihan PRN17.



“Maklumat terkini yang kami peroleh dari badan bebas juga secara jelas menunjukkan majoriti ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi masih menolak kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penafian yang dibuat Bung Moktar bahawa UMNO Sabah telah berpecah dan membentuk dua kumpulan.

Tambah Zulkarnain lagi, walaupun tiada protes terbuka oleh pimpinan dan ahli UMNO Sabah tetapi ia bukan kayu pengukur bahawa mereka menyokong kerjasama dengan Warisan.

“Sebelum ini langkah kudeta kerjasama UMNO dan Warisan mahu menumbangkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menjadi penyebab utama lima adun UMNO keluar parti iaitu Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin); Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); Datuk Hamid Awang (Balung) dan Datuk James Ratib (Sugut).



“UMNO Sabah juga telah kehilangan ramai pemimpin pelapis masa hadapan yang telah berhijrah beramai-ramai keluar menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) antaranya Datuk Jamawi Ja’afar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat Sabah termasuk ahli UMNO Sabah pernah merasai kesengsaraan ketika dalam pemerintahan Warisan yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

“Isu pengangguran meningkat, ekonomi Sabah jatuh merudum, isu kronisme, kegagalan membawa masuk pelabur ke Sabah dan yang paling utama adalah dendam ahli-ahli UMNO apabila UMNO hanya dapat bertahan selama dua hari memerintah Sabah sebelum digulingkan oleh Shafie Apdal,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker