Belanjawan 2024 lulus di Dewan Rakyat!

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 diluluskan hari ini selepas dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa, sejak 16 Okt lalu.

RUU Perbekalan 2024 ataupun Belanjawan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul, malam ini.

Tiada permintaan untuk undi belah bahagi.

Undian belanjawan pada mulanya dijangka diadakan pada hari Selasa.

Bagaimanapun, Dewan Rakyat menyelesaikan perbahasan semua bahagian belanjawan kementerian di peringkat jawatankuasa malam ini, dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang terakhir.

Ia kemudian disusuli dengan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang juga timbalan menteri kewangan bangun bagi membentangkan cadangan agar RUU berkenaan dibacakan untuk kali ketiga seterusnya diluluskan Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 dengan tema ‘Belanjawan Madani’ di Dewan Rakyat pada 13 Okt lalu.

Kerajaan memperuntukan RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 yang dikenali sebagai Belanjawan Madani Kedua.

Ia menjadi belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara.

Daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker