Senarai calon BN satu rejuvenasi berani

#PRU15

Senarai calon BN satu rejuvenasi berani

Pemuda Umno Kelantan menyifatkan senarai calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kelantan adalah satu bentuk pembaharuan dan rejuvenasi berani.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang menamakan calon terdiri daripada latar belakang, pengalaman serta muka baharu dan lama dengan mengambil kira keperluan politik semasa.



“Terungkai sudah senarai calon yang sudah diumumkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menariknya kali ini tiga calon wanita muda datang daripada Kelantan.

“Walaupun tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan penyokong, saya melihat ini satu bentuk pembaharuan dan rejuvenasi yang berani oleh Pengerusi BN dalam memberi kemenangan sekurang-kurangnya sembilan daripada 14 kerusi untuk menubuhkan Kerajaan Pusat.

“Bagi saya, kita semua mestilah berjiwa besar dan berlapang dada dengan pilihan yang sudah dibuat ini. Tentunya percaturan yang berbeza kali ini akan membuahkan hasil yang berbeza daripada sebelumnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau turut mengharapkan calon-calon BN supaya melakukan sehabis baik dalam memenangi hati jentera dan pengundi.



“Calon BN yang berkempen sambil lewa akan dianggap seolah-olah mensabotaj amanah yang diberikan parti berikan kepada mereka. Junjunglah amanah ini dengan penuh tanggungjawab.

“Selamat berkempen dengan berhemah. Tambatlah hati pengundi dengan akujanji yang menarik,” katanya. HM

Senarai calon BN satu rejuvenasi berani


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir



Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker