Malaysia antara 10 negara paling bahaya memandu



Malaysia antara 10 negara paling bahaya memandu

Malaysia antara 10 negara di dunia yang paling berbahaya untuk memandu.

Berdasarkan data dikeluarkan firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi, negara ini berada di kedudukan kelapan dengan skor keselamatan direkodkan hanya 5.63 daripada 10.

“Malaysia juga merekodkan skor 22.5 kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduknya, kedua tertinggi selepas Thailand yang merekodkan skor 32.3,” menurut data itu.

Bagaimanapun, Malaysia merekodkan kadar terendah iaitu skor 1.0 dari 10 negara lain, yang merekodkan kes kematian akibat kemalangan disebabkan penggunaan alkohol.




Data itu menunjukkan negara paling berbahaya untuk memandu adalah Afrika Selatan, yang setakat ini mempunyai skor terendah hanya 3.41 daripada 10.

“Dianggarkan terdapat 22.2 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 penduduk di Afrika Selatan dan dianggarkan hanya 31 peratus daripada penumpang tempat duduk hadapan di Afrika Selatan memakai tali pinggang keledar,” menurut data itu.

Katanya, Thailand pula menjadi negara kedua paling berbahaya dengan skor 4.35 daripada 10, selepas merekodkan kadar pemakaian tali pinggang keledar rendah, kemungkinan disebabkan mod pengangkutan utamanya adalah motosikal.

“Amerika Syarikat pula disenaraikan sebagai negara ketiga paling berbahaya, dengan skor keselamatan memandunya 5.03 daripada 10.

“Ini disebabkan 29 peratus daripada kematian akibat kemalangan jalan raya di AS dikaitkan dengan penggunaan alkohol.




“India pula menyaksikan kadar kematian meningkat lebih 50 peratus berbanding tahun lalu, daripada 15.6 kepada 22.6 bagi setiap 100,000 orang,” katanya.

India berada di kedudukan kelima selepas merekodkan skor 5.48 dan Argentina keempat, sementara Bosnia dan Herzegovina serta Crotia masing-masing berada di kedudukan keenam dan ketujuh.

Sementara Peru dan Bolivia berada di kedudukan ke sembilan dan 10, selepas masing-masing merekodkan kadar skor yang sama, 5.74.

Dalam pada itu, data firma itu menunjukkan Norway diletak negara paling selamat untuk memandu dengan skor tertinggi iaitu 8.20, selepas rekod kadar kematian di jalan rayanya rendah selain penggunaan tali pinggang keledar juga tinggi.

“Iceland pula berada di tempat kedua dengan skor 8.05. Had laju lebuh raya maksimum di Iceland ditetapkan pada 90 kilometer perjam (km/j), jauh lebih rendah berbanding purata 120 km/j bagi negara lain,” katanya.




Sementara Estonia, ketiga paling selamat dengan skor 7.90, diikuti Jepun (7.88) serta Moldova, 7.73. BH

Malaysia antara 10 negara paling bahaya memandu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.