Kapal tangki kimia dikaitkan dengan Israel dirampas di Teluk Aden

Kapal tangki kimia dikaitkan dengan Israel dirampas di Teluk Aden

Individu bersenjata yang tidak dikenali didakwa merampas sebuah kapal tangki membawa kargo asid fosforik di Teluk Aden semalam, kata syarikat pengurusan kapal itu dan seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat (AS).

Ia membabitkan kapal tangki kimia Central Park, kes terbaru dalam siri serangan di perairan Asia Barat sejak perang antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas tercetus pada 7 Oktober lalu.

Ia menyusuli rampasan kapal kargo dikaitkan dengan Israel minggu lalu oleh pemberontak Houthi di Yaman, sekutu Iran di selatan Laut Merah.

Kumpulan yang turut melepaskan tembakan peluru berpandu balistik dan dron bersenjata ke arah Israel itu berikrar untuk menyasarkan lebih banyak kapal Israel.

“AS dan tentera sekutu berada di sekitar dan kami memantau teliti keadaan semasa,” kata pegawai AS itu.

Central Park ialah sebuah kapal tangki kimia kecil (19,998 tan), dikendalikan oleh Zodiac Maritime Ltd, sebuah syarikat pengurusan kapal antarabangsa yang beribu pejabat di London dan dimiliki keluarga Ofer di Israel.

Kapal membawa asid fosforik, yang kebanyakannya digunakan untuk membuat baja, mengibarkan bendera Liberia dan dibina pada 2015 serta dimiliki oleh Clumvez Shipping Inc, menurut data LSEG.

Sementara itu, Zodiac Maritime dalam kenyataan berkata, Central Park yang membawa muatan penuh asid fosforik, disyaki diserang lanun ketika melepasi perairan antarabangsa kira-kira 54 batu nautika dari pantai Somalia.

“Keutamaan kami ialah keselamatan 22 anak kapal. Kapal kapten Turkiye itu mempunyai kru multinasional yang terdiri daripada kru warga Russia, Vietnam, Bulgaria, India, Georgia dan Filipina,” kata kenyataan itu lagi.

Setakat ini pegawai Houthi tidak memberikan sebarang ulasan.

Sementara itu, semalam, Agensi Operasi Perdagangan Maritim Britain (UKMTO) berkata, pihaknya menyedari kemungkinan serangan di barat daya Teluk Aden dan mengingatkan kapal lain supaya berhati-hati.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, AS menyalahkan Iran terhadap serangan di mana tiada pihak mengaku bertanggungjawab, ke atas beberapa kapal di rantau itu, namun Tehran menafikan pembabitannya.

Sebuah kapal kontena diuruskan syarikat dikawal Israel dilanggar oleh dron disyaki milik Iran di Lautan Hindi, menyebabkan kerosakan kecil pada kapal, namun tidak mencederakan anak kapal, kata seorang pegawai pertahanan AS pada Sabtu. BH

Kapal tangki kimia dikaitkan dengan Israel dirampas di Teluk Aden

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker