Hukuman mati Azilah antara 1,000 banduan mohon disemak semula
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Azilah Hadri adalah antara kira-kira 1,000 tahanan yang telah memohon semakan semula terhadap hukuman mati yang telah dijatuhkan terhadap mereka.
Azilah dijatuhi hukuman mati pada 2009 atas kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Saifuddin berkata, Azilah, yang kini sedang menunggu pelaksanaan hukuman mati di Penjara Sungai Buloh, telah mengemukakan permohonan supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup.
“Dia telah memohon hukuman mati (diringan) kerana dia berada di sini di penjara kita.
“Dia sedang menunggu tarikhnya (mahkamah),” katanya seperti dilapor New Straits Times.
Ini susulan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada April lalu, yang memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 12 kesalahan, termasuk pengedaran dadah, pembunuhan dan keganasan.
Saifuddin dilaporkan berkata, hukuman terhadap Azilah kekal meskipun rakannya Sirul Azhar Umar dibebaskan daripada tahanan di Australia.
Dia sekali lagi menegaskan bahawa perjanjian ekstradisi Malaysia-Australia tidak boleh digunakan kerana Australia melarang menghantar pulang suspek yang berdepan hukuman mati di negara asal mereka.
Awal bulan ini, selepas sembilan tahun ditahan dalam tahanan imigresen di Australia, Sirul yang juga bekas komando polis dibebaskan dan kini tinggal bersama keluarganya di Canberra.
Walaupun begitu, dia tetap mengunci mulut mengenai misteri pembunuhan Altantuya dan siapa dalang yang mengarahkan pembunuhan wanita berkenaan.
“Baik. [Selama] bertahun-tahun, orang di negara saya menunggu tentang siapa yang memberi arahan. Tetapi sehingga kini, saya tidak boleh beritahu,” katanya menerusi wawancara program 101 East Al-Jazeera.
Sirul tidak menyatakan mengapa dia tidak dapat mendedahkan identiti dalang pembunuhan yang dikatakannya.
Namun begitu, Sirul berkata dia diberitahu oleh pegawai atasannya, Azilah Hadri bahawa mereka menjalankan “operasi khas” untuk Najib Razak, yang merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu.
Firma guaman Shafee & Co yang mewakili Najib sekali lagi menegaskan bahawa bekas perdana menteri itu tidak bersalah dan tidak terlibat dalam pembunuhan berkenaan.
“Kami ingin mengulangi bahawa anak guam kami, Najib Razak telah dibebaskan daripada sebarang penglibatan dalam kes ini.
“Pembebasan ini telah disahkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk penyiasatan yang dimulakan semula selepas PRU14 (2018) dan pengesahan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan akhirnya melalui rayuan substantif di Mahkamah Persekutuan yang didengar secara menyeluruh atas meritnya,” kata firma guaman itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera
- Dengar suara 32 juta rakyat, bukan 1200 – Anwar
- Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori
- Coldplay payung pantun, hangatkan suasana konsert
- Tak boleh boikot Mercedes?
- Janna tak tendang saya – Sheila Mambo
- Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan
- Muhyiddin umum tak pertahan jawatan presiden Bersatu, tiada drama air mata dari ahli
- Cikgu dikecam jual gambar bekas pelajar berpakaian dalam
- Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi
- PN pulun pujuk pemimpin Umno untuk bergabung – Hadi
- Wanita ‘Mat Salleh’ buat hal, selamba bogel di lapangan terbang
- Mak cik Kemboja akhirnya mengadap polis beri keterangan
- Boikot beri kesan, The Marvels jadi sekuel paling rendah kutipan dalam sejarah MCU
- Peja ingatkan bukan Hamzah sorang sahaja pemimpin pelapis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.