Apabila Sifu berdansa

Apabila Sifu berdansa

BERPENGALAMAN lebih empat dekad sebagai penghibur membuktikan sosok bergelar sifu ini masih kekal relevan dan mempunyai aura yang tiada tandingan.

Semuanya dibukti dan diterjemahkan dalam persembahan selama tiga jam tanpa henti pada Konsert Gendang Pati Live in Kuala Lumpur, yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sabtu lalu yang diibaratkan cukup dinamik dan sarat dengan pelbagai ‘ramuan’ dan ‘rencah’ untuk dihadiahkan kepada hampir 3,000 penonton yang hadir pada malam itu.



Membuka pentas dengan lagu Phoenix Bangkit Dari Abu sambil diiringi seorang penari yang mengenakan kostum seekor burung sudah cukup menghangatkan suasana, malah usai persembahan beliau yang berbusana serba hijau sempat berjenaka dan bertanya kepada penonton tentang kehadiran mereka di situ.

“Apa khabar semua? Tak menyesal ke tak pergi ke konsert Aina Abdul? Saya pun dah siap pakai baju ni,” katanya merujuk kepada konsert Aina Abdul yang kebetulan turut berlangsung pada hari dan waktu yang sama ketika itu.

Magis penyanyi berusia 66 tahun itu diteruskan lagi dengan lagu Inang Pulau Kencana, Secangkir Kopi Semanis Puan, Bila Rumi Menari dan Tanya Sama Hud Hud sekaligus membuatkan penonton yang rata-rata asyik di kerusi turut bangun menyanyi bersama.

Meneruskan rentak dengan lagu-lagu ciptaannya yang sekaligus pernah menaikkan nama-nama penghibur tanah air, antaranya Gadisku, Fantasia Bulan Madu, Pawana (Search), Hukum Karma (Wings), Setahun Sudah Berlalu (Alleycats), Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon) dan Tiara (Kris) amatlah dinanti kerana versi yang disampaikan adalah dengan cara dan ‘hukumnya’ sendiri, melambangkan betapa sohornya maestro muzik ini.



Mengabdikan roh dan jiwa dalam setiap bait alunannya, sekaligus menggambarkan penghibur ini tidak memandang remeh kepada hadirin yang menyaksikan persembahannya Pastinya dia mahu wang ringgit yang dikeluarkan setanding dan berbaloi dengan apa yang mahu ‘dijualnya’ malam itu.

Meletakkan gendang sebagai instrumen utama dalam konsert ini, beliau turut menjemput Koir Sam Tet Voices dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet, Ipoh untuk berkolaborasi dengannya melalui lagu Bagaikan Sakti yang menjadi runut bunyi bagi filem Puteri Gunung Ledang.

Kumpulan yang dibarisi 25 pelajar ini juga bukanlah nama asing malah pernah mencipta kejayaan pada World Choir Games 2023 lalu dan menjadi juara dalam sebuah pertandingan koir di Terengganu baru-baru ini.

Datuk M. Nasir dilihat bijak mengadaptasikan persembahan dengan mencorakkan ‘warna’ melalui rangkaian lagu-lagu popularnya, antaranya Kias Fansuri, Mantera Semerah Padi, Sentuhan Listrik Mu, Tanya Sama Itu Hud Hud, Raikan Cinta dan Sahabat Gua yang mana kali ini hadirin bukan sahaja bangun menyanyi, malah berdansa bersama.



Tidak alpa dengan konflik Israel-Palestin, penyanyi berusia 66 tahun ini turut mengajak penonton menulusuri dan menyelami penderitaan yang menimpa saudara sesama islam di sana dengan mempersembahkan lagu Masirah.

Lagu ini diilhamkan daripada kisah benar yang menimpa seorang kanak-kanak, Muhammad Al Durrah yang syahid ketika pertempuran dengan rejim Israel.

Solidariti pada malam itu turut menampilkan seorang penyajak yang menyampaikan puisi tentang kemusnahan di Gaza serta bacaan qunut nazilah.

Konsert anjuran MND Sports & Events yang turut diiringi 16 pemuzik antaranya Nan Alias (pengarah muzik dan pemain gitar), Norman (bass), Ujang Exist (dram), Rafi Mohd (gitar), Firdaus Mahmud (keyboard) dan Eddie Slam (dram) dilihat saling melengkapi untuk menterjemahkan sebuah naskah persembahan yang cukup unik dan bertenaga.



Ironinya bukan mudah untuk melihat sifu berkata-kata, apatah lagi berdansa! Utusan

Apabila Sifu berdansa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker