Ratusan mayat rakyat Palestin tanpa identiti dikebumi dalam kubur besar di Gaza

Ratusan mayat rakyat Palestin tanpa identiti dikebumi dalam kubur besar di Gaza

GAZA: Lebih 100 mayat rakyat Palestin tanpa identiti telah dikebumikan dalam satu liang lahad yang sama di Khan Yunis, selatan Gaza.

“Kesemua mereka dibunuh dan keluarga serta saudara-mara tidak mengetahui nasib yang menimpa mereka. Kami tidak mengenali kesemua mereka,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Bassam Dababesh kepada agensi berita antarabangsa, Reuters.



Dalam kumpulan mayat berkenaan, terdapat juga mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak – yang dibunuh di sekitar utara Gaza tetapi dikebumikan di selatan wilayah perang itu, jelas kakitangan kementerian berkenaan kepada Reuters di lokasi pengebumian.

“Kesemua mayat dikebumikan di Khan Younis kerana kami tidak dapat kebumikan mereka di Bandar Gaza,” kata Hamad al-Najar.

“Kami menggali kubur yang besar bagi membolehkan kesemua mayat itu dikebumikan dan orang ramai akan terhindar daripada bau yang kurang menyenangkan, yang reput serta pencemaran,” ujarnya lagi.

“Jasad-jasad dan roh mereka diberi penghormatan setingginya dengan pengebumian sebegini, bagi membolehkan kesemua mangsa tenang dan dapat bertemu dengan Pencipta mereka,” kata Hamad. Utusan



Ratusan mayat rakyat Palestin tanpa identiti dikebumi dalam kubur besar di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker