Nabila Huda terima ugutan anak akan diculik oleh warga Indonesia

Nabila Huda terima ugutan anak akan diculik oleh warga Indonesia

Pelakon versatil, Nabila Huda berkongsi tangkapan skrin komen seorang individu dipercayai warga Indonesia yang berang terhadapnya.

Menerusi tangkapan skrin tersebut, individu menggunakan akaun media sosial sebagai @Bim_16 itu menuduh Nabila atau lebih mesra disapa Abil mencuri budaya Indonesia.



“Nabila Huda @abilsuhaimi is the NO. 1 claimer/thief of the INDONESIAN CULTURE,” tulisnya di platform X.

Dalam hantaran sama, individu berkenaan turut mengugut mahu menculik puteri tunggal Nabila, Keisha Laila sekiranya masih menuntut budaya Indonesia itu.

“Saya akan menculik anak awak sekiranya masih ‘claim’ budaya Indonesia @abilsuhaimi,” tambahnya.

Bagaimanapun, aktres filem Rahsia ini tidak cepat melenting dan hanya meminta pengikutnya membalas komen individu berkenaan.



“Boleh sesiapa tolong balaskan,” tulis Abil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berang terhadap individu berkenaan dan tampil mempertahankan anak rockers terkenal, Datuk Amy itu. BH

Nabila Huda terima ugutan anak akan diculik oleh warga Indonesia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker