Polis panggil pemain bola terjah pengadil

Polis panggil pemain bola terjah pengadil

MANJUNG: Polis akan memanggil tiga suspek dipercayai pemain bola sepak daripada Majlis Daerah Setiu kerana disyaki mencederakan pengadil semasa kejohanan di Padang Pertanian Lekir, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata mangsa berusia 27 tahun membuat laporan polis pada jam 7.26 malam kelmarin, menyatakan diserang tiga individu.



Beliau berkata, mangsa yang berkhidmat sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera di pinggang dan kaki akibat ditendang dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.

“Pengadu ialah pengadil perlawanan bola sepak di antara dua pasukan melibatkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan Majlis Daerah Setiu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera dengan sengaja.

Jika disabitkan kesalahan, katanya, boleh dihukum dengan penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.



Terdahulu, video tular di laman Facebook memaparkan seorang pengadil perlawanan cuba melarikan diri namun beberapa pemain mengejarnya serta melakukan terjahan terhadap pengadil itu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Norzian Yahya di talian 019-3905390. BH

Polis panggil pemain bola terjah pengadil

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker