Mendy saman Man City RM58.16 juta

Mendy saman Man City 10 juta pound (RM58.16 juta)

Benjamin Mendy menyaman Manchester City sebanyak 10 juta pound (RM58.16 juta) selepas kelab itu menghentikan pembayaran gajinya susulan perbicaraan kes seksual pemain Perancis berkenaan.

Mendy, 29, dibebaskan daripada dakwaan merogol dan cubaan merogol dalam perbicaraan semula pada musim panas lalu tetapi City sudah tidak membayar gajinya yang bernilai 100,000 pound (RM5.82 juta) seminggu sejak September 2021.



Ejen Mendy sudah berbincang dengan City berkenaan pembayaran itu selepas perbicaraan semula, tetapi kelab tidak berhasrat menyelesaikan gaji tertunggak bek kiri berkenaan, yang kali terakhir beraksi dua minggu sebelum dia didakwa oleh polis Cheshire.

Pemenang Piala Dunia itu menyertai Lorient secara percuma selepas kontraknya di City tamat Jun lalu.

“Manchester City FC gagal membayar sebarang gaji kepada Mendy sejak September 2021, susulan dakwaan ke atasnya yang kemudian digugurkan, sehingga kontraknya tamat pada Jun 2023,” kata wakil Mendy, Nick De Marco KC.

Mendy kini terdesak dengan tunggakan cukai sebanyak 788,000 pound (RM4.58 juta) dan kos perundangan melebihi 1 juta pound (RM5.82 juta) yang perlu dibayar.



Dia juga sedang berusaha menjual rumahnya di Prestbury yang bernilai 5 juta pound (RM29.08 juta). – AGENSI

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker