Agus dedah identiti ‘Mr H’ kepada polis

Agus dedah identiti ‘Mr H’ kepada polis

Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff hari ini mendedahkan identiti Mr H kepada polis.

Bagaimanapun dia tetap membungkam apabila diasak oleh wartawan selepas merakamkan kenyataannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

“Soalan berkaitan siasatan, yang jelas saya telah dedah siapa Mr H (kepada polis),” katanya kepada pemberita.

Minggu lalu, video Agus dan penolong pegawai J-Kom Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang didakwa “bersembang lucah” antara satu sama lain dan video rakaman itu menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, kedua-dua mereka menafikan terlibat dalam perbualan lucah dan mendakwa apa yang berlaku merupakan konspirasi daripada seseorang yang digelar sebagai Mr H.

Mereka juga berkata video itu sesuatu yang dirancang dan telah disunting.

Rentetan peristiwa itu, pada Sabtu lalu, Pengarah Bahagian Latih dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Muhamad Hakim Ramlee yang turut dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee tampil menafikan dakwaan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa dirinya sebagai Mr H.

Mengulas lanjut, Agus berkata dia juga telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung kebocoran laporan polis awalnya mengenai video tersebut. Mk

Agus dedah identiti ‘Mr H’ kepada polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker