Wahab belum bagi keterangan atas faktor keselamatan

Wahab belum bagi keterangan atas faktor keselamatan

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani masih belum tampil memberi keterangan atas faktor keselamatan.

Peguam yang mewakilinya, Faizal Rahman yang mendedahkan perkara itu, enggan mengulas lanjut mengenai bila Abdul Wahab akan tampil untuk berbuat demikian.



Beliau berkata, Abdul Wahab akan dipanggil pihak polis dalam masa terdekat, namun tidak boleh dinyatakan tarikhnya.

“Banyak faktor yang kita ambil kira terutama dari segi keselamatan.

“Apa pun pihak kami dan polis akan memberi kerjasama,” katanya selepas menemani bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada Abdul Wahab ada menerima ancaman daripada mana-mana individu, Faizal juga enggan mengulas perkara terbabit.



Bagaimanapun, peguam berkenaan hanya menyatakan anak guamnya itu berada dalam keadaan selamat.

Faizal yang juga peguam mewakili Mohammad Agus memaklumkan, satu laporan baharu dibuat pihaknya selepas mendapati terdapat kebocoran maklumat daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan laporan dibuat anak guamnya sebelum ini.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana laporan dibuat anak guamnya boleh terdedah meskipun kes terbabit disiasat Unit Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Apa yang pasti laporan yang bocor itu bukan salinan daripada pihak kami.



“Kita tidak mahu buat spekulasi. Apa yang pasti dokumen itu daripada polis dan mereka perlu bertanggungjawab atas kebocoran itu,” katanya. BH

Wahab belum bagi keterangan atas faktor keselamatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker