Imam berpaling melihat makmum lepas solat, apa dalilnya?

Imam berpaling melihat makmum lepas solat, apa dalilnya?

Selalunya selepas selesai solat berjemaah, saya perasan imam akan berpaling atau mengubah kedudukannya menghadap ke arah jemaah. Adakah ini sunah dan apakah dalilnya?

JAWAPAN: Segala pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Ya, hal ini bersandarkan kepada hadis yang menyatakan bahawa Nabi SAW juga melakukan hal sedemikian selepas selesai solat.



Daripada Samurah bin Jundub RA, beliau berkata: “Adapun Nabi SAW apabila selesai menunaikan solat, Baginda akan memalingkan wajahnya ke arah kami.” (Riwayat al-Bukhari).

Al-Barra’ juga menyatakan: “Adapun kami telah solat di belakang Rasulullah SAW, kami amat suka untuk berada di sebelah kanannya kerana Baginda akan berpaling kepada kami dengan wajahnya.” (Riwayat Muslim)

Dalam Zad al-Ma’ad dinyatakan bahawa apabila selesai solat, Nabi SAW akan segera berpaling daripadanya dan membaca apa-apa yang telah disyariatkan kepada umatnya seperti zikir dan bacaan selepas solat.

Nabi membaca istighfar sebanyak tiga kali apabila selesai memberi salam.



Setelah itu, Baginda membaca: “Ya Allah, Engkau sejahtera (daripada segala keaiban) dan daripada-Mu datangnya kesejahteraan, bertambah berkat-Mu, Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mulia.”

Baginda tidak akan duduk secara menghadap kiblat melainkan dengan kadar yang disebutkan. Bahkan, Baginda akan segera berpaling kepada makmum dan kadang-kadang akan berpaling ke kanan dan kiri.

Oleh itu, disunatkan bagi seorang imam untuk berpaling kepada makmumnya sama ada ke kanan, kiri atau menghadap ke arah muka-muka makmumnya selepas membaca sebahagian zikir sejurus selepas solat.

Kitab al-Muktamad menyatakan bahawa perkara ini penting untuk dilakukan terutamanya pada solat fardu kerana dibimbangi datang seseorang lalu duduk bersama-sama imam kerana menyangka imam masih lagi sedang solat. Dengan memalingkan wajahnya, seseorang dapat mengetahui bahawa solat telah selesai. Wallahu a’lam. K Online



Imam berpaling melihat makmum lepas solat, apa dalilnya?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker