Ronaldo sudah kaut RM884 juta di Al-Nassr
Ronaldo sudah kaut RM884 juta di Al-Nassr
RIYADH: Menghampiri setahun beraksi di Liga Pro Saudi bersama Al-Nassr, Cristiano Ronaldo kini sudah mengumpul sekitar 153 juta pound (RM884.5 juta).
Pemenang lima kali Ballon d’Or itu menandatangani kontrak bernilai 177 juta pound (RM1.02 bilion) pada akhir Disember lalu.
Perpindahannya mencetus kebanjiran bintang Eropah lain ke Liga Pro Saudi, antaranya Neymar, Sadio Mane, Roberto Firmino, Karim Benzema, Jordan Henderson, Riyad Mahrez, Allan Saint-Maximin dan Ruben Neves.
Namun belum ada pemain yang mampu menyaingi pendapatan Ronaldo di liga berkenaan.
Penyerang Portugal berusia 38 tahun itu bagaimanapun tidak makan gaji buta di kelab baharunya. Dia sudah meledak 36 gol dalam 42 penampilan untuk Al-Nassr, yang kini menghuni tangga kedua liga selepas 13 perlawanan.
Anak lelakinya, Cristiano Jr, turut mengikut jejak ayahnya apabila menyertai akademi remaja Al-Nassr.
Ketika Ronaldo beraksi di Juventus dan Manchester United, Cristiano Jr turut menyertai akademi kelab berkenaan.
Selain memakai jersi nombor tujuh seperti Ronaldo, Cristiano Jr turut menunjukkan potensi memberangsangkan apabila terpilih untuk mewakili skuad bawah 15 tahun Al-Nassr. BH
Ronaldo sudah kaut RM884 juta di Al-Nassr
Baca Artikel Menarik:
- Adira nafikan nampak benda tu, cuma jahitan baju
- Tom hampir terjatuh, kandungan selamat
- Ramai ahli BERSATU tidak yakin parti mampu bertahan
- MP Gua Musang akhirnya buka mulut
- BN sahkan Bekas Panglima ATM sebagai calon di PRK Kemaman
- MP Labuan akan bertanding dalam parti lain dalam PRU akan datang
- Bersatu tak bersatu
- Calon Bersatu bai’ah jika mahu tanding lambang bulan – Murshidul Am PAS
- Gantirugi RM600 ribu, pengajaran buat ‘kaki buli’, pengurusan sekolah dan KPM
- Persembahan Nikki Palikat ditegur hilang identiti
- Inara Rusli menangis dapat bercerai dengan Virgoun
- Mengapa baru sekarang PN bantah petisyen cabar enakmen jenayah syariah?
- Remaja maut beberapa saat selepas curi motosikal
- Polis buru lelaki ragut rantai leher emas suri rumah [VIDEO]
- Ini pendirian OIC terhadap negara pengganas ‘Israel’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir
Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’