Ferrari 250 GTO 1962 dilelong pada harga lebih RM243 juta

Ferrari 250 GTO 1962 dilelong pada harga lebih RM243 juta

NEW YORK: Sebuah kereta Ferrari 250 GTO 1962 dijual pada harga AS$51.7 juta (RM243.38 juta) di sini semalam, menjadikannya kereta kedua termahal pernah dilelong, kata Sotheby.

Kereta merah terang itu berada dalam pemilikan pengumpul warga Amerika Syarikat (AS) sejak 38 tahun lalu, dan harga lelongannya hanya diatasi oleh Mercedes 300 SLR Uhlenhaut Coupe yang berharga 135 juta euro pada 2022, kata rumah lelong itu dan menjadi AS$144 juta (RM725.43 juta) mengikut kadar tukaran hari ini.



250 GTO dijual selepas beberapa minit dibida di bilik lelongan, tetapi pada harga lebih rendah daripada jangkaan RM Sotherby’s yang menyasarkan pada harga lebih AS$60 juta (RM282.45 juta).

Bertarikh 1962, kereta sukan legenda Scuderia ini – casis 3765, enjin empat liter yang menghasilkan 390 kuasa kuda menduduki tempat kedua dalam perlumbaan ketahanan sejauh 1,000 kilometer (km) di litar Nurburgring Jerman, serta dalam 24 Jam Le Mans yang mana pasukan terpaksa menarik diri kerana kegagalan enjin, menurut RM Sotheby’s.

Selepas beberapa tahun bersaing di Itali dan Sicily, kereta itu dijual dan dieksport ke AS pada akhir 1960-an.

Dipulihkan dan diubah suai, 250 GTO bertukar pemilik beberapa kali sebelum berakhir di tangan pengumpul Ohio pada 1985. BH



Ferrari 250 GTO 1962 dilelong pada harga lebih RM243 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney



Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker