Strategi jihad ganjil
Strategi jihad ganjil
Lapan hari berlalu sejak tentera darat Israel memulakan serangan darat besar-besaran di wilayah utara Gaza, Tebing Barat, sejak 28 Oktober lalu.
Namun, sehingga semalam, tentera darat Israel masih gagal menawan dan menembusi benteng pertahanan Gaza yang dikuasai ‘tentera jihad’ Komando Briged Al-Qassam.
Biarpun dilengkapi senjata berat dan moden membabitkan infantri, kereta perisai serta unit artileri, namun mereka akhirnya berundur selepas pertempuran dengat dengan Briged Al-Qassam yang juga sayap bersenjata pergerakan Hamas.
Wakil di Gaza, Abu Yaqin berkata, biarpun tanpa senjata hebat, pejuang Briged Al-Qassam menangkis serangan bertubi-tubi tentera darat Israel yang dilengkapi kereta kebal Merkava dan Barak.
Menurutnya, sehingga kini, lebih 30 kereta kebal Israel dimusnahkan menggunakan roket antikereta kebal al-Yassin 105 keluaran Gaza.
“Ramai tentera darat Israel terkorban susulan serangan Komando Al-Qassam, namun angkanya tidak didedahkan pemerintah Angkatan Pertahanan Israel (IDF).
“Operasi dilakukan secara tersusun oleh komando Al-Qassam yang menyusup sebelum melakukan serang hendap menggunakan rangkaian terowong bawah tanah. Malah, jerangkap samar dan alat kawalan jauh digunakan bagi memusnahkan kereta kebal Israel.
“Kali ini Briged Al-Qassam amat bersedia berdepan tentangan tentera Israel tanpa gentar. Mereka dilengkapi ilmu pertempuran seperti simulasi motar, latihan menembak, teknik menyelinap dalam terowong dan cara menyelamatkan diri di sebalik melakukan serang hendap,” katanya melalui WhatsApp, semalam.
Menurutnya, walaupun tanpa teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel, namun Briged Al-Qassam menghasilkan senjata baharu buatan tempatan.
Sementara itu, melalui akaun telegram Briged Izzedine al-Qassam, pihaknya sebelum ini mendedahkan mencipta roket iR-160 yang mampu menjangkau sehingga 160 kilometer (km), selain roket Qassam (17.7 km), roket Fajar 5 (75 km) dan roket M-302 yang mampu mencapai jarak sejauh 120km.
Malah, tentera Al-Qassam memiliki roket antiiron dome yang mampu menembusi sistem pertahanan Israel.
Briged Al-Qassam juga mempunyai pasukan elit penembak hendap (sniper) diberi nama Ghoul yang mampu mencapai jarak tembakan sasaran sejauh dua kilometer.
Terbaharu tentera Al-Qassam kini dilengkapi pesawat tanpa pemandu (dron) pertama Briged Al-Qassam diberi nama Ababil selain dron Shihab bagi membuat tinjauan udara di tanah haram Israel.
Melalui video terbaru didedahkan Al-Qassam 30 Oktober lalu, pihaknya kini memiliki skuad amfibia yang dilengkapi peluru torpedo diberi nama Al-Asef bagi menangkis serangan Israel dari laut.
Selain itu, tentera Al-Qassam turut dilengkapi pelancar bom tangan dan peluru berpandu Kornet buatan Rusia, roket artileri Khaibar-1 (M302), pelancar peluru berpandu anti kereta kebal Dehlavieh (Kornet-E), mortar, rifel model Norinco CQ-A1, rifel AK-47 dan rifel carbine.
“Ketika ini tentera Israel cuba memasuki Semenanjung Gaza dari beberapa bahagian, termasuk al-Bureij, Beit Hanoun, Beit Lahia dan utara Khan Yunis di Gaza. Matlamat strategik mereka adalah menawan dan memecahkan Semenanjung Gaza kepada dua atau tiga bahagian selain memutuskan semua sistem komunikasi di kawasan itu sebelum melancarkan peringkat perang seterusnya,” katanya.
Sementara itu, melalui maklumat disebarkan melalui WhatsApp Briged Al-Qassam semalam, jurucakap Briged Al-Qassam Abu Ubaida memberi amaran bahawa Gaza menjadi tanah perkuburan bagi musuh rakyat Palestin.
Menurutnya, pejuang kemerdekaan Palestin terus berdepan dengan penjajah Israel dan mempertahankan penduduk Gaza daripada pencerobohan.
“Pejuang Palestin turut dilengkapi alat letupan reka ganti (improvised explosive device) atau IED dan roket anti kereta kebal Yassin-105 yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel.
“Tentera penceroboh pulang ke rumah dengan beg hitam (beg berisi mayat) dan bandar Gaza menjadi kutukan bagi Israel,” katanya. HM
Strategi jihad ganjil
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris