Gal Gadot Yahudi pengecut, tutup komen Instagram
Gal Gadot Yahudi pengecut, tutup komen Instagram
PELAKON Hollywood berbangsa Yahudi, Gal Gadot dilihat telah menutup ruangan komen pada Instagram miliknya, dipercayai selepas diserang netizen bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari seluruh dunia.
Menerusi semakan yang dibuat, akaun Instagram milik pelakon berusia 38 tahun itu masih mengekalkan pendiriannya menyokong kekejaman yang dilakukan oleh Israel dengan memihak penindasan yang dilakukan oleh rejin Zionis terhadap Palestin.
“Stand with Israel (Saya bersama Israel),” tulisnya.
Biarpun menutup ruangan komen, pelakon filem Wonder Woman itu masih berkongsi beberapa hantaran dalam Instagramnya dengan memaparkan beberapa ‘mangsa’ dalam kalangan rakyat Israel yang didakwa telah menjadi mangsa culik kumpulan Hamas.
Dalam hantaran tersebut menyebut, seramai 239 rakyat Israel terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa dikatakan telah diculik oleh kumpulan Hamas.
“Kami mahu mereka (mangsa penculikan Hamas) dikembalikan segera,” ujarnya.
Sebelum ini, Gal Gadot dikritik hebat sekali gus membangkitkan kemarahan pengikutnya dalam Instagram apabila mengajak orang ramai supaya menyokong tentera Israel selepas tercetusnya peperangan antara rejim Zionis itu dengan Palestin sejak 7 Oktober lalu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Gadot dalam Instagram miliknya, pelakon berdarah Yahudi itu menyatakan sokongannya terhadap tentera Israel dan menyeru orang ramai supaya turut serta berpihak rejim dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu itu.
“Saya menyokong bersama Israel dan anda juga harus begitu,” katanya.
Tindakan pelakon berusia 38 tahun itu mengajak orang ramai untuk sama-sama memberikan sokongan terhadap Israel telah menyebabkan pengikutnya menyelar tindakan tersebut.
Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana pelakon itu seolah-olah tidak mempedulikan kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin sebelum ini.
Perang bermula pada 7 Oktober lalu selepas pejuang Hamas melancarkan lebih 5,000 roket ke arah Israel sebelum Rejim Zionis melancarkan kempen serangan udara dan disusuli serangan darat di Gaza.
Serangan Hamas yang menyasarkan selatan Israel menyebabkan 1,400 penduduk Israel dan warga asing terbunuh, manakala 230 yang lain ditawan dan dijadikan tebusan di Gaza.
Tentera Israel membalas dengan melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Gaza yang menurut sebilangan pegawai perubatan, telah membunuh lebih 8,000 penduduk Palestin, manakala separuh daripada mereka ialah kanak-kanak.
Terbaharu, kebimbangan terhadap nasib lebih 2.2 juta penduduk yang tinggal di Gaza semakin meningkat ketika Israel meneruskan ‘fasa kedua’ perangnya untuk menghapuskan kumpulan Hamas. K Online
Gal Gadot Yahudi pengecut, tutup komen Instagram
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET