Akmal minta PM hantar 12 wakil rakyat PKR ke Gaza

Akmal minta PM hantar 12 wakil rakyat PKR ke Gaza

Pelbagai pihak tampil mengecam kenyataan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang menggesa supaya pelaksanaan program Minggu Solidariti Palestin di sekolah dikaji semula.

Hari ini giiran Pemuda Umno menyatakan sokongan kepada penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menganjurkan program Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata program itu tidak perlu dibatalkan hanya disebabkan bantahan 12 wakil rakyat PKR.

Selain mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menghantar 12 wakil rakyat parti itu menyertai misi kemanusiaan di Palestin.

“Ini bukan soal unsur keganasan dan elemen dendam seperti dinyatakan oleh 12 wakil rakyat ini. Ia banyak berkait soal bagaimana kita boleh tingkatkan kesedaran secara terpimpin terhadap konflik Palestin-Israel. KPM wajar terus laksanakan.

“Saya juga ingin mencadangkan agar PMX dapat menghantar 12 wakil rakyat ini ke misi kemanusiaan di Palestin agar mereka dapat tahu dengan lebih jelas tentang isu yang berlaku di sana jika masih lagi tidak memahami apa yang berlaku,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kelmarin, sekumpulan tiga ahli Parlimen dan sembilan Adun PKR menggesa KPM mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu berkata, program berkenaan perlu dikaji semula supaya sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur kebencian dan keganasan.

DAP pula menyatakan terkilan dengan penganjuran program di sebuah sekolah rendah yang mengandungi unsur-unsur keganasan dan ekstremisme itu dengan penggunaan senjata mainan.

Sehubungan itu, setiausaha agungnya Anthony Loke menggesa KPM mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi mengelak ia berulang.

Bekas ahli jawatan PAS pusat, Nasrudin Hasan pula menyifatkan DAP serta sebahagian pemimpinnya masih gagal memahami erti solidariti bersama Palestin atau pun mungkin sengaja bersikap acuh tidak acuh.

“Saat umat Islam dan seluruh masyarakat dunia tanpa mengira latar belakang agama dan peringkat umur bangkit mengecam kekejaman Israel, DAP dan sebahagian pemimpin mereka tampil mengecam program solidariti Palestin yang dianjurkan pada peringkat sekolah.

“Kononnya usia kanak-kanak tidak sesuai didedahkan soal peperangan, keganasan dan lainnya. Mereka turut kepanasan melihat aksi pentomen kanak-kanak sekolah yang memegang senjata mainan sebagai satu gimik kebersamaan mereka dengan umat Islam di Palestin,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin secara sinis berkata simbol “roket” juga boleh menjadi satu ancaman keganasan.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada DAP.

“Jika kain serban yang menutup wajah pejuang yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu kau anggap ganas, lambang ‘roket’ pun boleh dianggap ganas.

“Kepada siapa kau ingin lancar roketmu itu? Siapa yang kau mahu hancur dan letupkan? Aku pun ingin bertanya seperti kau bertanya,” tulisnya di Facebook. Mk

Akmal minta PM hantar 12 wakil rakyat PKR ke Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker