Bot terbalik, lima kanak-kanak lemas

ELDORET (Kenya): Seramai lima kanak-kanak maut selepas bot dinaiki mereka di sebuah taman hiburan popular terbalik pada Sabtu di Daerah Uasin Gishu, barat Kenya, lapor Xinhua.

Polis dalam satu laporan keselamatan berkata murid-murid dari Sekolah Rendah Arap Moi dan guru-guru mereka ke taman itu untuk menaiki bot di sebuah empangan buatan.

Bot itu kemudiannya terbalik kira-kira pukul 5 petang.



“Lima murid meninggal dunia akibat lemas manakala seorang lagi murid terselamat dan dikejarkan ke hospital,” kata laporan itu.

Sementara itu, ibu bapa yang berang menyerbu sekolah berkenaan untuk mengetahui keadaan anak mereka.

Setiausaha Kabinet Pendidikan Yehezkiel Machogu pada Ahad meminta agar sekolah terlibat, ibu bapa dan masyarakat agar bertenang dan bersabar sementara siasatan dijalankan.

Machogu berkata, beliau sedang bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan untuk memastikan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker