Kedah dilanda ribut

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sungai Petani, Kedah bagi menempatkan 11 mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas akibat ribut.

Ribut petang tadi menjejaskan enam rumah di Taman Gurun Jaya, dua rumah di Kampung Sungai Badak serta masing-masing sebuah rumah di Kampung Batu 4, Kampung Linton Batu 2 di Mukim Gurun dan Kampung Baru Bedong di Mukim Semeling.

Pegawai Pertahanan Awam Kuala Muda, Azahar Ahmad berkata PPS Taman Gurun Jaya dibuka pada 7.40 malam tadi.



Katanya, angin kencang dan hujan lebat menyebabkan pokok tumbang di Kuala Muda mulai 5.30 petang.

“Angkatan Pertahanan Awam menasihatkan mangsa berpindah ke PPS ditetapkan, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menguruskan maklumat mangsa dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan,” katanya menurut Harian Metro.

Sementara itu, beberapa rumah di daerah Kubang Pasu rosak dan bumbung tercabut akibat ribut dan pusaran angin kira-kira 3.30 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Mohd Adenin Suhaimi berkata ia membabitkan Kampung Pida 3 dan Pida 4 Baru.



Beliau berkata, tindakan sedang diambil Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu, termasuk melakukan pemantauan serta membantu membersihkan kawasan terjejas.

Katanya, PKOD juga sedang mengumpul maklumat kejadian, butiran mangsa dan penduduk dinasihatkan membuat laporan polis.

“Keadaan terkawal dan tiada mangsa cedera,” katanya menurut Bernama sambil menambah jumlah rumah terjejas belum diketahui.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker