Adakah solat terawih dikira sebagai qiamulail?

Adakah solat terawih dikira sebagai qiamulail?

Perlulah ditekankan di sini bahawa erti Qiyam Ramadan adalah solat tarawih seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi rahimahullah. Dalam erti kata lain solat malam ialah solat sunat yang dilakukan selepas Solat Fardhu Isyak dan sebelum waktu Solat Fardhu Subuh.

Solat malam juga dikenali sebagai Solatulwitr (witir), Solatullail, Solatuttahajjud, Qiyamullail, Solatulqiyam, Solatuttarawih (Tarawih) dan Qiyamu Ramadan. Namun kebiasaannya nama Solatuttarawih (Tarawih) dan Qiyamu Ramadan hanya digunakan dalam bulan Ramadan.



Jumlah bilangan Qiyamu Ramadan atau solat sunat tarawih yang terbaik ialah 11 raka‘at mengikut bilangan solat Nabi s.a.w. Penjelasannya terdapat dalam hadis berikut,

“Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa beliau telah bertanya Aisyah r.a. “Bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadan?” Beliau menjawab, “Baginda tidak pernah menambah dalam bulan Ramadan dan bulan lain melebihi sebelas rakaat… (HR Bukhari & Muslim).

Bilangan 11 rakaat ini juga telah diarahkan oleh Umar r.a. semasa beliau melantik imam-imam untuk solat tarawih di zamannya seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik dengan sanad yang sahih daripada al-Saib bin Yazid katanya,

“Umar telah mengarahkan Ubai bin Ka’b dan Tamim al-Dari supaya mengimamkan orang ramai sebanyak 11 rakaat…”(HR al-Imam Malik).



Terdapat juga hadis atau riwayat yang mengatakan bahawa Umar r.a. mengumpulkan orang ramai berimamkan Ubai bin Ka’b dan mengarahkannya supaya solat 20 atau 21 rakaat. Namun riwayat itu adalah lemah dan tidak sabit, sepertimana diterangkan oleh al-Syaikh al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Solat al-Tarawih.

Sebaik-baiknya bagi solat sunat tarawih ini adalah apabila dilaksanakan bersama imam sehingga selesai. Sabda Rasulullah s.a.w.,

“Sesungguhnya siapa yang bangun bersama imam sehingga imam itu selesai, Allah menulis untuknya bangun satu malam” (HR al-Imam al-Nasa’i, dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa‘i)

Sekiranya kita solat mengikut imam yang mengerjakan solat sunat tarawih sebanyak 23 rakaat, adalah digalakkan supaya menyelesaikan solat bersama imam untuk mendapat ganjaran bangun bersolat seluruh malam. Namun jika hendak berhenti setelah 11 rakaat atau kurang, juga dibolehkan.



Di waktu malam ini, sama sebelum atau pun selepas solat sunat tarawih, pastikan kita berniat untuk melaksanakan puasa wajib bulan Ramadan. Ini menepati sabda Rasulullah s.a.w.

“Siapa yang tidak meniatkan puasa pada waktu malam sebelum fajar, maka tiada puasa baginya” (HR al-Imam al-Nasa’i, dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa’i).

Al-Imam Ibnu Hajar menukilkan bahawa al-Imam al-Nawawi telah berkata,

“Dan niat itu adalah tujuan (al-Qasd), dan ia adalah keazaman hati” (Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari).



Tempat niat adalah dalam hati iaitu dengan berdetiknya dalam hati bahawa seseorang itu ingin melakukan sesuatu amalan untuk tujuan tertentu. Al-Shaikh Mustafa al-Khin bersama dua rakannya yang menyusun kitab Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i telah menjelaskan,

Niat, iaitu inginkan puasa, tempat niat ialah hati, tidak cukup dengan lisan dan tidak disyaratkan melafazkan niat. Dalil wajib niat ialah sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.” (HR Bukhari & Muslim)

Selepas niat telah dilakukan dalam hati, usahakanlah untuk bersahur sebelum masuknya waktu subuh. Itu kerana Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada keberkatan”(HR Bukhari & Muslim). Wallahu a’lam Utv



Adakah solat terawih dikira sebagai qiamulail?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia



Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker