Takut dimarah, budak beritahu bapa dia kena culik
Takut dimarah, budak beritahu bapa dia kena culik
NILAI: Akibat tidak mahu dimarahi bapa kerana lewat pulang ke rumah selepas bermain di rumah rakannya, seorang remaja mendakwa dia diculik seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah di Lenggeng, di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, Kaunter Aduan Balai Polis Lenggeng menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.30 malam Rabu lalu.
“Kami menerima aduan daripada seorang remaja lelaki berumur 13 tahun menyatakan didatangi sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih ketika berada di perhentian bas sekolah berkenaan kira-kira jam 2.15 petang.
“Pengadu memaklumkan suspek seorang lelaki menarik pengadu masuk ke dalam kereta dan mengikat tangan dan mulutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Abdul Malik berkata, remaja itu melaporkan suspek kemudiannya membawanya ke lokasi yang tidak diketahui sebelum dikatakan berjaya melarikan diri daripada penculik.
“Hasil siasatan mendapati kejadian culik tidak berlaku dan pengadu sengaja mereka cerita kerana bimbang akan dimarahi bapanya kerana terleka bermain di rumah rakannya dan lewat untuk pulang ke rumah,” katanya.
Terdahulu tular satu laporan polis seorang remaja mendakwa dia diculik selepas tamat waktu sekolah sebelum dibawa ke sebuah rumah, namun berjaya meloloskan diri ketika dibawa ke lokasi lain.
Abdul Malik berkata, pihaknya mengesahkan keselamatan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat (IPD) Nilai dalam keadaan baik dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. BH
Takut dimarah, budak beritahu bapa dia kena culik
Baca Artikel Menarik:
- Saya tak gentar dengan usul sekatan ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia
- Fizi Ali ‘main air’ dengan isteri baharu
- Nikita Mirzani kena troll mahu ke Palestine untuk berperang
- Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram
- Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza
- Nadia Brian dapat duda pun puas hati
- Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti
- Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas
- Nelayan selamatkan wanita terjun Jambatan Pulau Pinang [VIDEO]
- Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda
- Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza
- Boleh berkenalan?
- Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri
- ‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’
- Pembunuhan Palestin: Wartawan Romania kantoi meniarap cemas fitnah Hamas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa
Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?