Balun rakan guna botol kaca, peniaga vape akhirnya ‘kedalam’

Seorang peniaga vape dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,300 oleh Mahkamah Majistret Muar selepas mengaku salah mencederakan rakannya menggunakan botol kaca Ahad lalu.

Harian Metro melaporkan Toh Choo Yee, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Majistret turut mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu.



Ketika kejadian, tertuduh yang dalam keadaan mabuk didakwa mencederakan mangsa 23 tahun dengan memukul kepalanya dengan botol kaca.

Susulan itu, mangsa yang cedera di kepala menerima jahitan di dahi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah sebelum membuat laporan di IPD Muar.

Toh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Alif Marzuki memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan tertuduh serta kecederaan mangsa.



Tetapi, Nor Hafizah Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh, memohon hukuman diringankan dengan mengambil kira pengakuan Toh yang menjimatkan masa dan kos ditanggung kerajaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker