Umno kembali ‘bersih’ jika PAS sertai kerajaan perpaduan

Umno kembali ‘bersih’ jika PAS sertai kerajaan perpaduan

Umno kembali “dibersihkan” jika PAS menyertai kerajaan perpaduan, kata Asyraf Wajdi Dusuki, di sebalik telahan pemerhati langkah berkenaan mungkin menghapuskan pengaruh partinya dalam pentadbiran Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Umno itu, berkata sekiranya kerjasama itu menjadi realiti, tiada lagi fatwa “mengkafir” atau “menyesatkan” mana-mana pihak terutama terhadap parti yang berbeza ideologi.



“Tiada lagi kata nista, label-label seperti ‘sesat’, ‘kafir’, ‘ahli neraka’, ‘munafik’ dan pelbagai lagi gelaran yang dikaitkan dengan binatang apabila sudah kembali menjadi rakan sebagaimana pengalaman 22 bulan dalam kerjasama Muafakat Nasional dan penyatuan ummah,” katanya di Facebook.

“Tiada lagi parti dalam kerajaan yang mempunyai Melayu Islam seperti Umno, Amanah dan PKR dilabel ‘barua DAP’, ‘penjilat DAP’.”

Beliau mengulas ucapan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada Muktamar Pemuda PAS, kelmarin, yang membayangkan parti itu akan kembali menjadi sebahagian parti memerintah Putrajaya tidak lama lagi.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, sokongan kuat Melayu terhadap parti Islam itu mungkin sesuatu yang patut dibimbangi Umno apabila bersama dalam kerajaan.



Bagaimanapun, Asyraf percaya penyertaan PAS akan meredakan bahang politik negara, dan memberi tumpuan kepada pentadbiran Anwar untuk memulihkan ekonomi negara, selain meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Kerana tiada lagi politik fitnah, politik tohmah, politik adu domba yang merugikan dan memudaratkan,” katanya. FMT

Umno kembali ‘bersih’ jika PAS sertai kerajaan perpaduan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker