Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik bangkit catat kemenangan tewaskan Indonesia

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menampilkan semangat juang tinggi ketika menewaskan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pusingan kedua Terbuka Denmark sebentar tadi.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menunjukkan semangat juang tinggi ketika bangkit mencatat kemenangan ke atas pasangan berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Denmark.

Pada perlawanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena, sebentar tadi, bekas juara dunia itu memerlukan tiga set untuk melakar kemenangan 16-21, 21-5, 21-15 dalam tempoh 40 minit.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik bermula agak perlahan di set pertama apabila ketinggalan 3-11 hanya dalam tempoh tiga minit sebelum Ahsan-Setiawan memastikan kemenangan mereka dengan 21-16.

Memasuki set kedua, pasangan negara itu seolah-olah mendapat tonik tambahan apabila jauh meninggalkan Ahsan-Setiawan 18-1 dan menang 21-5 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.



Set ketiga menyaksikan kedua-dua beregu memampilkan aksi cukup seimbang, namun kelebihan fizikal yang dimiliki Aaron-Wooi Yik menyaksikan mereka menang 21-15 bagi melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Menanti Aaron-Wooi Yik di suku akhir esok adalah beregu China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu yang menewaskan wakil tuan rumah, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-15, 21-5.

Sementara itu, nasib berbeza dialami beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila gagal melayakkan diri ke suku akhir selepas tewas 15-21, 12-21 kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai

 



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker