Inilah nasibku – Boy Iman

Inilah nasibku – Boy Iman

“Dituduh, dikecam, dihina, dibukak aib sebagai ‘scammer’, penipu, penjenayah, penjahat, kaki kencing dan macam-macamlah.

“Tidur macam-macam lokap pun aku pernah. Beraya dalam lokap pun aku dah rasa. Semua pasal ‘business’ (perniagaan) atau kerja.”

Ini luahan pelakon, Boy Iman, 43, di Facebook mengenai ujian dan nasib yang dilaluinya sehingga kini.

Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman berkata, secara zahirnya orang mungkin melihat dia kuat, gembira dan sentiasa dilimpahi wang.

“Macam-macam aku dah hadap dalam hidup ini kalau cerita tentang negatif. Kawan menjauh, orang tak nak bagi projek, orang bisik-bisik mengata aku, komen bukan-bukan dekat media sosial.

“Takde orang panggil berlakon, takde duit nak makan, nak bayar bil bagai, macam-macam lagilah aku dah rasa ‘kesan’ dia. Sedangkan hanya aku dan Allah serta beberapa orang saja yang tahu betul atau tak.

“Family aku pun sentiasa tahu aku betul atau tak, termasuklah ‘my’ cinta sejati,” katanya.

Menurutnya, dalam dirinya tidak pernah bercita-cita mahu jadi penipu atau perlu menipu untuk hidup sebab ‘jalan betul’ pun dirinya sudah berduit dan dia pun sehingga sekarang ‘berlawan’ untuk buktikan pada dirinya dan semua orang yang dia bukan seperti yang dilabelkan ini.

“Malah sampai sekarang aku masih ‘setia’ dalam perjuangan aku sebagai usahawan sejati. Ini terbukti selepas aku terpalit dengan ‘skandal’ tahun 2017, nama aku, rekod aku ‘bersih’ sehinggalah tahun 2023 selepas enam tahun baru aku terpalit lagi sekali dengan ‘skandal’. Itu pun masih dalam proses perbicaraan mahkamah dan belum diputuskan aku bersalah.

“Mentanglah aku artis senang sangat aku dicop, dilabel sebegitu rupa. Tak kisahlah pihak media, pihak berkuasa, pihak orang yang memfitnah aku, pihak netizen sehingga yang betul jadi salah, yang baik jadi jahat, yang bathil jadi hak. Aku jugak yang kena.

“Ada kala aku sangat ‘down’, aku sangat lemah, aku sangat ‘stress’ tapi tidaklah sampai nak bunuh diri, nak jadi gila atau nak bunuh orang,” katanya.

Boy berkata, dia masih ada iman, otak, akal dan bila negatif ada juga yang positif seperti orang lebih kenal dirinya dan orang lebih ingat berkenaan dia.

“Orang lagi senang bagi projek dekat aku dan yang paling penting Allah cuci dosa aku di dunia harapnya, menambahkan pahala aku untuk bekalan di akhirat apabila orang dok fitnah, kutuk, kecam, mengata aku.

“Aku juga mengharapkan Allah ganti semuanya di dunia dan di akhirat untuk setiap ujian yang Dia bagi,” katanya.

Boy kini berdepan pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, tiga bulan lalu. HM

Inilah nasibku – Boy Iman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker