Boikot hangat-hangat tahi ayam saja korang ni – Michael Ang

Boikot hangat-hangat tahi ayam saja korang ni – Michael Ang

Pengarah terkenal, Michael Ang tampil memberikan pendapatnya selepas tular isu misi rakyat Malaysia yang mahu memboikot barangan dari Israel termasuklah francais makanan ringan terkenal dunia iaitu McDonald’s yang dikatakan telah ‘menyumbang’ bantuan wang kepada rejim zionis Israel.

Menurut Michael menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan rakyat Malaysia hanyalah ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja dalam melancarkan isu boikot produk dan syarikat dari Israel.



“Agak lawak eh sampai MCD kena keluar statement untuk mempertahankan diri mereka mengenai boikot!. Kalau aku MCD, aku buat bodoh je. Rakyat Malaysia ni boikot hangat-hangat tahi ayam aje.

Kalau orang Malaysia ni betul-betul berprinsip sangat, tak perlu ada perang baru nak boikot. Kalau ada prinsip perang ni dah berpuluh-puluh tahun lagi tua dari MCD tu. So sepatutnya MCD tak wujud kat sini.”-ulas Michael Ang di Instagram

“Banyak Lagi Cara Untuk Kita Lakukan Untuk Support Saudara Kita….”

Tidak bermaksud untuk menyokong rejim zionis, Michael menjelaskan bahawa terdapat lebih banyak lagi cara untuk dilakukan daripada mengorbankan pemilik serta pekerja francain Mcdonald’s Malaysia yang beragama Islam.



“Bukan i support pet pet tu tapi i find it ridiculous about this boycott thing. Owner orang kita, pekerja situ orang kira, takkan la kita nak korbankan mereka for such matter.

Banyak lagi cara lain untuk kita lakukan untuk support sedara kita. Pendapat aku aje.”-jelas Michael lagi

Dalam pada itu, pihak McDonald’s Malaysia menjelaskan bahawa pihaknya baru-baru ini telah menyumbangkan sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang baru dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mr

Boikot hangat-hangat tahi ayam saja korang ni – Michael Ang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker