Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain

Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain

Selepas beberapa hari diserang secara berterusan oleh tentera Israel, penduduk Gaza yang kini terputus bekalan air dan elektrik, terpaksa mencari sumber lain demi kelangsungan hidup mereka di wilayah terkepung itu.

Wanita warga Malaysia yang kini berada dalam wilayah Nurul Ain Haron, menerusi perkongsian video di Facebook peribadinya, berkata setakat ini beliau dan keluarganya selamat dalam serangan terbaru tentera Israel di Gaza, Palestine

Katanya, keluarga beliau kini terpaksa mengambil air dari tangki yang terbiar dan menggunakan bateri kereta sebagai sumber tenaga untuk mendapatkan liputan internet.

Setakat ini, usaha menghubungi Nurul Ain belum berhasil. Panggilan ke telefon milik Nurul Ain tidak berjawab dan pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp juga belum berbalas.

Dalam perkongsian terakhir Nurul Ain mengenai keadaan semasa di Gaza menerusi media sosial pada Isnin, beliau mengakui tidak mendapat tidur yang cukup kerana serangan bom bertubi-tubi sejak malam sebelumnya.

“Kalau boleh nampak sebelah sana ada asap hitam tu. (tempat) itu baru sekejap kena bom,” katanya dalam video berdurasi lebih satu minit.

Beliau berkata, untuk penduduk yang tidak ada rumah atau rumah mereka musnah akibat dibom, ada di antara mereka menumpang mana-mana binaan kosong bersebelahan rumah keluarga beliau.

“Ada yang duduk dekat kawasan sini, sebahagian yang berlindung di bangunan sekolah dan ada yang melarikan diri ke rumah saudara mara ataupun kawan-kawan,” katanya.

Nurul Ain merayu sokong orang ramai untuk terus menghantar bantuan dan mendoakan keselamatan semua penduduk di Gaza. BH

Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker