Eira Aziera tetap kena bayar ganti rugi RM100,000 kerana ‘body shaming’

Eira Aziera tetap kena bayar ganti rugi RM100,000 kerana ‘body shaming’

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan Noorazira Pissal atau dikenali Eira Aziera, membayar ganti rugi RM100,000 kepada Suharnizan Md Sidek yang menjadi mangsa ‘body shaming’ atau penghinaan bentuk badan oleh pempengaruh media sosial itu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah, membuat keputusan berkenaan secara sebulat suara.



Ahmad Zaidi berkata, pihaknya bersetuju bahawa Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf apabila memutuskan perkataan diluahkan Eira Aziera sebagai defendan adalah fitnah dan jelas tanpa memerlukan pakar untuk mengesahkannya.

Beliau berkata, tiada merit dalam rayuan Eira Aziera dan tidak dibuktikan bahawa Mahkamah Tinggi membuat kesilapan.

“Kami dapati jumlah ‘award’ (ganti rugi diperintahkan) oleh Mahkamah Tinggi adalah munasabah, tidak berlebihan atau tidak kurang.

“Mahkamah Tinggi sudah mengambil kira mengenai ‘body shaming’ dan ‘cyber bullying’ (buli siber).



“Rayuan balas (untuk ganti rugi sebanyak RM2 juta) oleh pihak plaintif (Suharnizan) berhubung kuantum itu (RM100,000) tiada meritnya dan ia ditolak, kuantum itu adalah dikekalkan,” katanya.

Terdahulu, peguam bela Eira Aziera, Yahaya Ahmad, berkata berkata semua tuntutan oleh Suharnizan terhadap anak guam bersifat ‘hear say’ atau dengar cakap.

“Kami hairan kenapa suami kepada plaintif tidak dipanggil (memberi keterangan), dia saksi yang amat penting kerana mendengar video sejam itu (mengandungi kenyataan dibuat anak guam terhadap plaintif).

“Kalau gagal memanggil (suami plaintif), bermakna gagal membuktikan kes itu,” katanya.



Sementara itu, peguam mewakili Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan, berkata tiada keperluan memanggil suami anak guam untuk memberi keterangan.

“Defendan mengakui membuat video itu, untuk memanggil pihak lain adalah membuang masa.

“Kita sudah transkrip video itu ke dalam penyataan tuntutan dan menyerahkannya kepada mahkamah,” katanya.

Pada 30 Mei 2022, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim, memutuskan ganti rugi RM100,000 berkenaan selepas perbicaraan penuh dijalankan selama lima hari dari 24 hingga 28 Oktober 2021 secara dalam talian.



Mahkamah Tinggi juga memerintahkan Eira Aziera untuk menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat dalam semua akaun media sosialnya dan perlu dikekalkan selama enam bulan dari tarikh penyiaran.

Pada 13 Oktober 2020, Suharnizan memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera, 39, di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal oleh pempengaruh media sosial itu.

Media melaporkan Suharnizan menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ pada jam 10 pagi, 18 Ogos 2020, menerusi video secara langsung dalam Facebook Eira Aziera.

Eira Aziera kemudian mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menyamakan bentuk tubuh mangsa dengan haiwan dan memaparkan gambar wanita itu serta anaknya sebelum tular dalam media sosial.



Tindakan pempengaruh media sosial itu mendapat kecaman ramai sebelum tampil memohon maaf atas perbuatannya dan mendakwa gagal mengawal emosi serta menjaga tutur kata sehingga menyebabkan ramai pihak tersinggung.

Namun, pada 15 September 2020, Suharnizan mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, sebelum memfailkan tuntutan saman. BH

Eira Aziera tetap kena bayar ganti rugi RM100,000 kerana ‘body shaming’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker