Malaysia serah sumbangan awal RM1 juta kepada Palestin

Malaysia serah sumbangan awal RM1 juta kepada Palestin

Malaysia menyerahkan sumbangan awal RM1 juta daripada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) untuk meringankan beban ditanggung penduduk negara itu susulan pergolakan yang berlaku.

Sumbangan itu diserahkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di lobi Parlimen hari ini.



Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung ucapan perkembangan semasa konflik Palestin-Israel melalui Sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat, memaklumkan kerajaan akan menyalurkan RM1 juta menerusi AAKRP yang dikendalikan Kementerian Luar.

Beliau berkata, penyaluran bantuan itu adalah tindakan segera kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Walid ketika sidang media selepas penyerahan sumbangan itu berterima kasih kepada Malaysia atas sokongan teguh tidak berbelah bahagi terhadap rakyat wilayah itu susulan konflik terkini di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, sokongan berterusan Malaysia buat rakyat Palestin bukan sesuatu yang baharu, sekalipun dunia bersikap menutup mata terhadap penderitaan yang ditanggung oleh penduduk wilayah itu sejak berdekad lalu.



“Malaysia sentiasa memberikan sokongan dan menzahirkan semangat persaudaraan sama ada di peringkat domestik, serantau mahupun antarabangsa.

“Bagi pihak berkuasa Palestin, rakyat kami serta komuniti di Gaza dan Tebing Barat, Baitulmaqdis, kami berterima kasih kepada Malaysia.

“Kami sangat hargai sokongan itu dan berdoa kepada Allah SWT agar melindungi Malaysia, memastikan ia kekal aman dan bersatu. Insya-Allah, kami akan raikan kalian di (Masjid) al-Aqsa suatu hari nanti. Terima kasih banyak Malaysia,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin membabitkan Hamas, iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu, mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak. BH



Malaysia serah sumbangan awal RM1 juta kepada Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker