Pengarah jabatan kerajaan antara 4 ditahan SPRM Sarawak

Pengarah jabatan kerajaan antara 4 ditahan SPRM Sarawak

Pengarah sebuah jabatan kerajaan antara empat yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berkaitan rasuah membabitkan dua projek pembekalan air berjumlah RM44.4 juta.

Turut ditahan adalah seorang lagi penjawat awam, pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah sekitar jam 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.



Difahamkan, mereka disyaki terbabit memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Sumber berkata, suspek utama disyaki menerima suapan sejak 2018 – 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan dua projek membabitkan bekalan air.

“Pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama.

“Semua suspek lelaki yang ditahan itu berusia antara 30 hingga 50-an,” katanya.



Dalam perkembangan itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semua suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak pagi ini untuk permohonan reman. BH

Pengarah jabatan kerajaan antara 4 ditahan SPRM Sarawak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker