Israel mahu penduduk Palestin mati kelaparan

Israel mahu penduduk Palestin mati kelaparan

Utusan Khas Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, mengecam Israel kerana menyekat bekalan makanan, elektrik, air ke Gaza supaya penduduknya mati kebuluran.

Katanya, pertempuran setakat ini mengorbankan ribuan nyawa dan tindakan mengenakan sekatan sepenuhnya ke atas Palestin yang dikawal Hamas adalah umpama melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’.



Pejuang Hamas memulakan serangan paling dahsyat mereka dalam sejarah Israel pada Sabtu lalu apabila melakukan serangan bersenjata di Gaza dan puluhan orang dijadikan tebusan.

Susulan itu, Israel bertindak balas dengan serangan udara ke atas Gaza yang memusnahkan seluruh daerah ketika mereka sedang bersedia untuk kemungkinan serangan darat.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant juga mendapat kecaman antarabangsa dengan pengumuman semalam mengenai ‘sekatan keseluruhan’ untuk menghentikan makanan dan bahan api ke Gaza, yang menempatkan 2.3 juta orang.

Gallant mendakwa Israel sedang bertempur dengan ‘orang yang kejam’.



“Penghapusan manusia secara terang-terangan dan percubaan untuk mengebom rakyat supaya tunduk, menggunakan kelaparan sebagai kaedah peperangan dan untuk menghapuskan kewujudan negara mereka adalah tidak kurang kepada tindakan pembunuhan beramai-ramai.

“Perbuatan ini adalah jenayah perang,” ,” tulis Riyad dalam surat kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC), seperti yang dilihat oleh Reuters.

Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan semalam, berkata melalui pemahamannya berkata, konsep pengepungan itu bukanlah sesuatu yang sebenarnya akan diteruskan oleh Israel.

Beliau berkata, Washington juga sedang bercakap dengan Israel ‘mengenai tindakan mereka dalam hal itu’.



Sullivan berkata, Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam sudah membincangkan ‘perbezaan antara bertindak sepenuhnya terhadap Hamas dan bagaimana untuk membezakannya dengan orang awam yang tidak bersalah’.

Duta Besar Israel untuk PBB, Gilad Erdan pada Ahad lalu, menuduh Hamas melakukan jenayah perang dan berkata sudah tiba masanya untuk ‘memusnahkan infrastruktur keganasan Hamas’ sewaktu 15 anggota UNSC bertemu secara tertutup mengenai konflik itu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semalam turut berkata, beliau ‘sangat tertekan’ dengan pengumuman Israel mengenai pengepungan sepenuhnya ke atas Gaza.

“Keadaan kemanusiaan di Gaza amat teruk sebelum permusuhan ini, dan kini ia hanya akan menjadi lebih buruk,” kata Guterres. – REUTERS



Israel mahu penduduk Palestin mati kelaparan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker