Penyanyi Malaysia juara program realiti di China

Penyanyi Malaysia juara program realiti di China

Penyanyi, Jeryl Lee Pei Ling, 23, membanggakan negara apabila dinobatkan juara program realiti TV China, The Next 2023, Sabtu lalu.

Jeryl yang berasal dari Pulau Pinang mengalirkan air mata kegembiraan sewaktu diumumkan menang dan menyifatkan pengalaman itu di luar jangkaannya.



“Rasa macam sebuah mimpi. Setiap kali saya rasa mahu mengalah, saya beritahu diri sendiri untuk terus cekal, kerja keras dan bahawa saya boleh lakukannya.

“Kali ini, saya boleh cakap dengan yakin bahawa saya berjaya lakukannya. Saya takkan hampakan anda semua,” katanya.

Jeryl menyifatkan The Next 2023 adalah sebuah pertandingan terbaik pernah disertainya.

Dia tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada jurulatih, kareografer dan pasukan produksi yang tidak putus-putus memberinya semangat sewaktu bertanding.



Menurutnya, sesiapa saja berhak menggapai impian dan tidak sepatutnya berputus asa mengejar cita-cita.

“Apa saja yang anda impikan untuk capai, beranikan diri dan kejarlah ia. Jangan gentar atau putus harapan dengan mudah. Kalau saya boleh lakukannya, anda pun boleh,” katanya.

Hantarannya mengenai kemenangannya itu di Instagram mendapat pujian daripada rakan artis senegara termasuk Vanessa Reynauld, Choo Hao Ren, dan Priscilla Abby.

Jeryl mula berjinak dalam nyanyian sejak berusia lapan tahun. Dia juga sudah mencuba nasib dalam pelbagai pertandingan di China.



Dia pernah memenangi pertandingan nyanyian remaja Water Cube Cup China pada 2014. Namanya kian sejak pada 2016 selepas menjadi finalis program Sing! China. HM

Penyanyi Malaysia juara program realiti di China

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker