Krisis Sabah: Sidang khas DUN Sabah bersidang esok

KOTA KINABALU: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan berlangsung esok di sebalik kemelut politik yang melanda pada masa ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, persidangan khas DUN itu untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan dua enakmen bagi tujuan penyelarasan di peringkat negeri.

Persidangan itu berkaitan enakmen penyerahan kuasa mengenai pengurusan bagi mengawal selia gas serta penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah yang akan mempunyai kuasa dalam pengurusan gas.



“Persidangan itu tiada kaitan dengan perkembangan politik semasa. Saya ingat bukan setiap hari orang politik bercakap pasal politik. Kadang-kadang kita harus menumpukan perhatian kepada kerja dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Saya di sini pun baru dari pejabat sebagai tanda fokus kita adalah bekerja dan berkhidmat demi rakyat,” katanya ketika ditemui di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya hari ini.

Menurut Masidi, diharap persidangan DUN esok berjalan lancar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan bersifat matang.

“Kita hadiri persidangan DUN bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat untuk mengurus dua RUU yang diharap boleh diluluskan esok. Ia berkaitan dengan memberi kuasa kepada Sabah untuk mengurus hal ehwal negeri ini sendiri,” katanya.



Menteri Kewangan II itu berkata, kedua-dua RUU itu berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana selama ini, pengurusan bekalan elektrik di bawah Suruhanjaya Tenaga Kebangsaan dan pengurusan gas pula di bawah Petronas.

“Esok adalah permulaan untuk melihat hasih usaha rundingan antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam menyerahkan lebih banyak kuasa kepada Sabah sesuai dengan semangat MA63.

Ditanya mengenai pelantikan menteri baharu, Masidi berkata, setakat ini tiada perkara itu dibincangan namun, jika berlaku perubahan dalam Kabinet Negeri, ia akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Pada 21 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan Kabinet Persekutuan untuk memindahkan kuasa kawal selia gas kepada Sabah.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur



Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker